Completed
24247
Kamal terkejut melihat bosnya yang setahunya dia sakit datang bekerja pada hari ini.
Perjumpaan di Perak diwakilkan oleh penolong pengarah.
Kamal dapat rasakan yang angin bosnya itu masih tidak baik lagi.
Namun begitu suasana di syarikat kelihatan tenang.
Hanya hati Aiman yang tidak rasa aman.
Dia risau. Tersangat risau yang Alisa akan lari lagi.
Jam di lihat tanpa lekang. Setiap detik bergerak dengan lambat bagi Aiman.
Apabila jam tepat menunjukkan pukul 5 petang, Aiman tanpa membuang masa bergerak pulang.
Kamal hanya mampu melihat bosnya berlalu pergi.
Aiman memandu pulang dengan hati yang berdebar-debar, risau bila dia sampai ke rumah, kelibat Alisa tidak kelihatan.
Setiba di rumah, Aiman dengan perlahan keluar dari kereta dan bergerak menuju ke pintu rumahnya.
Selepas pintu dibuka, Aiman melihat Alisa sedang duduk menonton tv di ruang tamu.
Mendangar pintu dibuka, Alisa berpaling ke arah Aiman, “Abang dah balik.”
“Ya…” Aiman menjawab. Sudah lama Aiman tidak mendengar Alisa memanggilnya abang.
“Mari tengok sama-sama. Kelakar rancangan ni.” Kata Alisa.
Dengan itu, Aiman menemani Alisa menonton rancangan TV, yang di mana hanya Alisa yang menonton walhal Aiman memandang ke arah Alisa yang sedang fokus menonton.
Tanpa sedar, Aiman berkelakuan sedemikian shinggalan waktu makan malam. Dia tersedar apabila Ain memanggil kedua mereka untuk makan malam.
“Ok.” Alisa berkata lalu TV ditutup, “Jom makan.” Alisa kemudian terus memegang tangan Aiman dan bergerak ke meja makan.
Melihat tangannya yang di pegang Alisa, Aiman berasa sungguh gembira.
Pada hari kedua, ketiga dan seterusnya, akhirnya hati Aiman yang bergolak perlahan-lahan semakin tenang.
Sehinggalah pada satu pagi, Aiman bangun dari tidur tetapi Alisa tiada di sebelahnya.
Aiman pantas bangun dari katil dan mencari Alisa di dalam bilik air namun Alisa tiada di situ.
Ruang tamu di cari, dapur pun dicari tetapi tetap tidak nampak kelibat Alisa di mana-mana.
“Ain!” Jerit Aiman memanggil pembantu rumah itu.
Mendengar namanya dipanggil, Ain bergegas datang, “Tuan… Ya, tuan?”
“Mana puan kamu?” tanya Aiman dengan nada yang marah.
“Sa… Saya tak tahu tuan, saya tak ada nampak puan.” Jawab Ain.
Sejurus mendengar jawapan Ain itu, Aiman terus bergegas ke luar rumah.
Ain yang melihat tuannya yang berlalu pergi itu menepuk-nepuk dadanya, pandangan mata tuannya itu tersangatlah menakutkannya.
Aiman berlari di sekitar kawasan rumahnya itu mencari kelibat Alisa.
Tapi kelibat Alisa tidak kelihatan.
Di atas jalan yang kosong itu, Aiman berdiri.
Dia tipu aku!
Dia tipu aku lagi!
Telefonnya yang ada di poket belakang seluarnya diambil dan nombor seseorang Aiman membuat panggilan, “Guna cara yang terpantas untuk cari lokasi Alisa.”
Panggilan ditamatkan dan Aiman kembali semula ke rumah.
Semasa Aiman berjalan di halaman rumah, di situ kelihatan Alisa sedang menyiram pokok bunga, tersenyum riang disinari mentari pagi.
Aiman melihat semua ini seperti orang bodoh.
Tanpa berfikir panjang, Aiman mendekati Alisa dan memeluknya dengan kuat.
Alisa yang dipeluk dengan kuat berkata, “Abang dah kenapa ni?” Wajah Aiman dipandang, kehairanan.
Aiman menjawab, “Biar abang peluk awak sekejap.”
Alisa pun memeluk Aiman juga.
Ain yang baru keluar dari rumah untuk melihat situasi, setelah melihat tuan dan puannya yang memeluk antara satu sama lain, menghembus nafas lega, kemudian meninggakan mereka berdua-duaan.
Setengah jam berlalu tetapi Aiman sepertinya tidak mahu melepaskan pelukannya.
Saat itu, kedengaran perut Alisa berbunyi dan Aiman mendengar Alisa berbisik kecil ke telinga Aiman, “Saya lapar.”
Mereka berdua pun makan sarapan bersama kemudian Aiman bersiap untuk pergi ke pejabatnya.
Alisa menghantar Aiman sehingga ke pintu dan melihat Aiman menaiki keretanya.
Tetapi sebelum kereta bergerak keluar dari pekarangan rumah, Aiman memberhentikan kereta dan keluar semula dari kereta.
Aiman menghampiri Alisa dan memberikan kepada Alisa satu telefon, “Untuk awak.”
Alisa kelihatan terkejut. Aiman hanya mencium dahi Alisa dan bergerak semula menaiki kereta menuju ke pejabatnya.
Apabila kereta Aiman sudah tidak lagi kelihatan, Alisa memandang telefon yang diberikan Aiman dan kemudiannya menunjukkan satu senyuman yang penuh makna.
‘Nampaknya taktik aku dah menunjukkan sedikit kesan.’
‘Dari rantai ke telefon ni, aku akan cari peluang keluar dari sini.’
Share this novel