Completed
24247
Aiman duduk menunggu di ruang tamu dengan muka yang ketat. Seketika kemudian, orangnya yang disuruh mencari kedudukan Alisa menelefonnya.
“Kedudukan terakhir Alisa berada aku kesan kat sebuah restoran. Aku dah cek kamera CCTV, nampak Alisa masuk ke dalam restoran tu tapi tak nampak dia keluar dari situ. Pintu belakang pun tak nampak.” beritahu orang Aiman itu.
“Dah cek sapa orang terakhir jumpa Alisa?” tanya Aiman.
“Azim, adik dia.” jawab orang Aiman itu lagi. “Kalau nak cari dia, dia sekarang ni ada kat tempat yang dia selalu berjudi tu.”
Aiman bergerak pantas.
Azim yang tidak tahu bahawa satu malapetaka menghampirinya sedang sibuk berjudi di meja judi. Namun sekarang ini, seperti kebiasaan, dia kalah dalam perjudiannya dan sudah tidak ada duit untuk berjudi lagi.
Menyedari ini Azim mahu melarikan diri tetapi gagal. Dia dibawa ke satu bilik dimana seorang lelaki berbadan gempal sedang duduk menunggu, “Oi budak, cepat bayar balik hutang kau!”
Dahi Azim berkerut penuh dengan rasa tidak puas hati. Dia pun mengeluarkan satu kad, “Ala… berapa juta je pun…”
Seseorang mengambil kad itu dari tangan Azim dan meleret kad tersebut tetapi kad itu tidak lepas untuk membuat pembayaran.
Azim hanya mampu menepuk dahinya. Dia lupa dalam kad tersebut ada 10 juta dan pada mulanya dia gunakan 50 juta, kemudian 30 juta dan akhirnya 20 juta juga dia habis gunakan. Disebabkan dia masih mahu berjudi lagi, dia telah pinjam 5 juta dari tempat berjudi ini.
Azim berpura-pura tenang, “Jangan risau, abang ipar aku kaya. Biar saya keluar dulu, nanti esok saya bawa duitnya.”
Lelaki berbadan gempal tadi hanya tersenyum, “Boleh… tentu saje boleh tapi sebelum kau keluar dari sini, tandatangan perjanjian dulu.”
Namun, pada saat itu, seseorang datang ke lelaki berbadan gempal itu dan membisikkan sesuatu ke telinganya. Dia memandang tajam ke arah Azim, “Encik Azim, kau ni memang berani ya! Sini kau dah hutang hampir 5 juta, tempat lain ada lagi 10 juta. Baik kau telefon keluarga kau sekarang bawa duit aku atau jangan fikir kau akan keluar sempurna dari sini.”
Azim mula cemas, “Aku bayar, aku akan bayar..” Seraya itu, Azim cuba melarikan diri tapi berjaya ditahan sebelum dia sempat keluar dari situ.
Lelaki gempal tadi berkata, “Tiada siapa bole dari dari aku. Sekarang telefon abang ipar kau yang kaya tu untuk bawa duit yang kau hutang sekarang.”
Pada saat itu, pintu dibuka dari luar. Melihat kelibat badan yang masuk, mata Azim terbuka besar. Azim nampak penyelamatnya.
“Abang, abang, tolong saya, dia orang ni nak bunuh saya.” jerit Azim pada orang yang masuk ke dalam bilik itu iaitu, Aiman.
Lelaki gempal tadi kelihatan hormat dengan orang yang berdiri di belakang Aiman, nampaknya lebih kuat dari lelaki gempal tadi. Mendengar sesuatu, lelaki gempal itu mengarahkan orang-orangnya yang memegang Azim untuk melepaskan Azim dan kemudian keluar meninggalkan Azim bersama dengan Aiman sahaja di dalam bilik itu.
Apabila lelaki gempal dan orang-orangnya keluar, 3 orang pengawal peribadi masuk, seorang menutup pintu dan 2 orang lagi memegang lantas menahan Azim di tempatnya.
Azim sangat terkejut, “Apa abang nak buat? Saya ni adik ipar abang tau!”
“Kau semalam ada makan tengah hari dengan Alisa kan?” tanya Aiman.
“Ya…ya.” Jawab Azim tergagap-gagap.
“Bagi tahu aku kat mana kakak kau sekarang ni.” Arah Aiman.
Azim cemas dan tidak mampu memandang terus ke mata Aiman, “Lepas kita orang habis makan, kita orang gerak asing-asing. Kenapa bang, ada benda jadi ke kat kakak saya tu?”
“Peluang terakhir Azim, bagi tahu hal sebenar atau dua-dua tangan kau ni akan hilang.” Ugut Aiman.
Azim mula rasa takut tapi pada fikiran Azim, dirinya adalah adik kepada Alisa dan Aiman tidak mungkin mengapa-apakan dirinya, “Saya tak tau apa yang abang tengah cakap ni.”
Aiman memberi isyarat. 2 orang pengawal peribadi yang memegang tangan Azim dan lagi seorang mengeluarkan satu pisau.
Azim semakin cemas, “Abang tak bole buat macam ni kat saya. Saya adik Alisa. Kakak takkan maafkan abang kalau abang buat macam ni!”
Tapi Aiman hanya merenung tajam ke arah Azim.
Melihat pisau sudah mahu ditetak ke tangannya, Azim menjerit, “Jangan! Jangan! Aku bagi tahu, aku bagi tahu.”
Share this novel