Completed
24247
Pintu bilik bekerja Aiman dibuka oleh Alisa dengan kasar. Berdiri di hadapan Aiman yang sedang duduk di meja kerjanya, laporan siasatan Alisa hempas ke hadapan Aiman.
“Betul ke semua ini? Selama ni saya hanya pengganti untuk abang?!” Alisa berkata, suaranya agak keras.
Laporan yang dihempas dibuka dan dibaca oleh Aiman. Dia kelihatan tenang. Tersangatlah tenang walaupun rahsianya sudah terbongkar.
Selesai membelek laporan itu, Aiman bersandar di kerusinya dan melihat ke arah Alisa, “Ya.”
Jawapan yang ringkas dari Aiman. Dengan tenang Aiman mengaku yang Alisa hanyalah pengganti.
Setiap orang ada harga diri dan maruah mereka, Alisa juga begitu. Siapa yang mahu dirinya diperlakukan sebagai pengganti?
Alisa berasa sangat marah apabila orang yang dicintainya mengaku akan perihal ini.
Dunia Alisa terasa kelam. Melihat reaksi suaminya itu, Alisa tidak perlu membuang masa meminta penjelasan lain mahupun ucapan maaf kerana dia tahu suaminya itu tidak berasa bersalah sedikitpun terhadap dirinya.
Apa gunanya membela diri dengan seseorang yang hanya mementingkan dirinya? Yang akan sakit hati hanya dirinya sendiri.
Tapi ada sesuatu yang ingin Alisa tahu, “Abang tahu dari awal yang Alisa dipaksa untuk bertunang? ataupun….” sesuatu yang lebih gila bermain di fikiran Alisa, “Semuanya adalah rancangan abang sebab abang tahu yang orang tua Alisa akan terima pinangan abang sebab abang orang kaya?!”
Aiman yang tadinya di duduk, bangun dan bergerak menghampiri Alisa yang kemudiannya terus merangkul Alisa.
Dekat di telinga Alisa, Aiman bersuara, “Awak kepunyaan saya, dalam hidup ni awak hanya boleh bersama saya seorang.” Aiman melepaskan rangkulannya.
Wajah Alisa ditatap dan Aiman mengusap pipi Alisa, “Kerana wajah ni, apapun caranya, rela atau tidak, awak kena jadi milik saya.”
Mendengar kata-kata Aiman itu, Alisa berasa amat marah. Tangan yang mengusap pipinya ditepis dengan kasar.
Satu tamparan hinggap di pipi Aiman.
“Jangan merepek dan jangan bermimpi Aiman. Siapa yang nak jadi pengganti seseorang seumur hidup dia? Awak duduk dalam rumah ni, meroyan sorang-sorang! Jangan nak babitkan saya. Tunggu Aiman, saya akan minta cerai dengan awak, saya ada cukup bukti untuk dilepaskan.”
Tanpa berkata banyak, Alisa terus keluar dari bilik bekerja Aiman. Diluar, bagasi pakaian sudah tersedia di kemas Alisa.
Alisa hanya mahukan pengakuan dari mulut Aiman sendiri dan dia sudah dapat jawapannya.
Setibanya dia di pintu masuk, apabila dia membuka pintu, kelihatan beberapa orang pengawal menghadang laluan.
Alisa merasa pelik. Apabila dia cuba melintasi pengawal-pengawal tersebut, dia dihalang jesteru tidak mampu keluar dari rumah.
Bagaimana kuat dia cuba menolak, Alisa tak mampu menolak pengawal-pengawal itu ke tepi.
Alisa pula yang ditolak masuk semula ke dalam rumah. Pintu ditutup dan dikepung. Kemudian, seorang pengawal wanita memeriksa tubuh Alisa
Telefonnya diambil kemudian diserahkan kepada Aiman yang sudah turun dari tingkat atas.
“Awak isteri saya dan hanya dengan saya awak boleh bersama. Jangan fikir yang awak boleh lepas dari saya.” Aiman berkata sambil berdiri memandang ke arah Alisa.
“Apa yang awak nak buat Aiman?” Alisa membentak.
Disaat itu seorang pembantu rumah wanita dan pengawal wanita tadi datang ke sisi Alisa dan memegang lengannya seorang sebelah.
“Bawa masuk puan kamu ke bilik semula. Mulai hari ni, puan kamu tak dibenarkan keluar dari rumah ini mahupun menghubungi sesiapa pun tanpa kebenaran saya. Pastikan dia makan 3 kali sehari.” Arah Aiman pada orang-orangnya.
Mendengarkan kata-kata Aiman itu, Alisa mula bergelut mahu melepaskan diri.
“Apa kamu cuba buat Aiman? Ini semua salah disisi undang-undang!”
Jeritan dan pergelutan Alisa tidak diendahkan. Dia ditarik oleh pembantu dan pengawal wanita tadi naik ke bilik tidurnya.
Share this novel