Bab 12: Sakit 2

Action Completed 24247

Doktor datang dan memeriksa Aiman.

“Saya sudah beri ubat pada tuan Aiman, selepas beberapa jam minta ambil suhu badannya semula. Kalau masih tinggi saya sarankan hantar tuan Aiman ke hospital.” Kata doktor tersebut.

“Baik. Terima kasih doktor.” Kata Alisa.

Doktor pun beredar pergi diringi oleh Ain.

Saat itu, kedengaran telefon berdering. Dari bunyi deringan, itu sepertinya telefon Aiman.

Baju Aiman diperiksa Alisa untuk mencari telefon tersebut. Kamal, setiausaha Aiman yang membuat panggilan.

Telefon diangkat oleh Alisa.

“Maaf tuan kerana ganggu tuan malam-malam ni. Kerana ada sedikit kecemasan, perjumpaan kita di perak lusa terpaksa di awalkan, jadi esok kita akan bergerak selepas subuh.” Beritahu Kamal.

Selepas Kamal, Alisa berkata, “Ini bukan tuan kamu. tuan kamu tak sihat sekarang ni, mungkin tak boleh hadir perjumpaan tu. Kamu tolong atur orang lain untuk wakilkan tuan kamu.”

Mendengar suara wanita dari telefon bossnya ini, Kamal agak itu adalah puan besarnya, “Ada apa-apa berlaku ke pada tuan?”

“Demam panas, suhu hampir 39.” Jawab Alisa.

“Baik puan,” Kamal sebelum menamatkan panggilan sempat berkata, “Puan kalau boleh…boleh ke puan telefon tuan semula setiap hari?”

Kamal yang memerhati bossnya itu perasan yang angin buruknya datang apabila panggilan yang selalu diterima bossnya itu tidak datang.

“Tengoklah boss kamu tu dulu…” Alisa menjawab dan menamatkan panggilan.

Alisa menjaga Aiman sepanjang malam.

Ain yang pada mulanya curiga dan berjaga-jaga, takut Alisa melarikan diri berubah tenang apabila melihat Alisa manjag Aiman yang sedang sakit.

Aiman sedar kira-kira awal pagi.

Melihat Alisa yang baring di sebelahnya tidak berantai berasa panik namun, hati Aiman kembali tenang.

Wajah Alisa ditatap lalu diusap pipinya Alisa.

‘Kenapa tak lari?’

‘Bukan ke itu yang kamu nak?’

Alisa bangun dari tidur dalam pukul 11 pagi dan dia perasan yang dirinya di dalam dangkapan seseorang.

“Awak dah bangun.” Aiman yang sedang memeluk Alisa berkata.

Alisa melihat wajah Aiman lalu dahi Aiman disentuh, “Dah tak panas.” Alisa mahu bangun tetapi Aiman seperti tidak mahu melepaskan dirinya, “Saya nak bangun ni.”

Aiman terus menatap wajah Alisa, tidak berkata apa-apa.

“Aiman?” Alisa memanggil.

Aiman merangkul Alisa rapat dan berkata dekat di telinga Alisa, “Saya percayakan awak.”

Jadi jangan hampakan saya.

Alisa terkejut dengan kata-kata Aiman itu, “Jangan fikir saya akan berterima kasih dengan awak.”

Aiman tersenyum.

“Saya lapar. Saya nak pergi mandi dan makan.” Kata Alisa.

Aiman mengeluh kecil dan melepaskan Alisa dari rangkulannya.

“Tengah hari ni mari kita berdua makan di luar.” Kata Aiman.

“Awak dah boleh nak bergerak ke? Demamkan baru kebah tu.” Kata Alisa pula.

Aiman menyatakan yang dia tidak demam lagi dan mampu untuk bergerak.

Mereka berdua pun bersiap untuk makan di luar.

Ain yang melihat kedua orang bossnya itu dalam keadaan yang harmoni, dia rasa sangat gembira sekali dan rasa seperti mahu menyalakan bunga api bagi meraikan saat-saat ini.

Kali ini adalah pertama kalinya Alisa keluar dari rumah setelah hampir setengah tahun dalam kurungan Aiman.

Kerana Aiman baru sahaja kebah demam, Alisa tidak benarkan Aiman makan makanan yang berminyak.

Sepatutnya Aiman berehat pada hari ini kerana jatuh sakit tapi Aiman, selepas selesai makan tengah hari bersama Alisa, Aiman mahu bergerak ke pejabatnya.

“Awak betul-betul ok ke? Kenapa tak berehat je hari ni, kamu kan belum betul-betul sihat?” Kata Alisa.

“Saya dah tak apa-apa.” Jawab Aiman dan mencium dahi Alisa.

Alisa dihantar dulu pulang sebelum Aiman bergerk ke pejabat.

‘Kali ni, jangan hampakan saya.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience