Bab 20: Pujuk

Action Completed 24247

Sampai sahaja di rumah, Aiman bergegas ke bilik tidurnya.

Apabila pintu dibuka, kelihatan Alisa sedang bersandar di kepala katil, matanya tertutup rapat sepertinya Alisa sedang tidur.

Jantung Aiman berdegup kencang. Aiman cuba untuk kekal tenang. Dengan pantas rantai-rantai di tangan dan kaki Alisa, Aiman buka, “Maafkan abang, sebab salah faham.” Aiman berkata sambil tangan Alisa dipegangnya.

Mendengar kata-kata Aiman itu, Alisa membuka matanya dan memandang ke arah Aiman tapi Alisa hanya memandang tanpa berkata apa-apa.

Reaksi Alisa yang seperti tidak peduli apa yang dikatakan oleh Aiman membuatkan Aiman rasa cemas. Waktu itu matanya perasan akan luka di lengan Alisa, dengan pantas Aiman mengambil peti pertolongan cemas untuk merawat luka itu.

Sepanjang masa Aiman membersihkan luka di lengan Alisa, Alisa tidak endah langsung. Alisa hanya duduk diam, tidak berkata apa-apa.

Melihat keadaan ini, Aiman berasa kecewa, “Lisa, kalau Lisa marah abang, pukul la abang ni. Abang tahu abang salah. Pukulah abang Lisa.” Kata Aiman sambil mengambil tangan Alisa dan diletak dekat di mukanya.

Tetapi Alisa tidak bergerak langsung, pandangan dialihkan ke arah lain. Alisa membiarkan sahaja Aiman memegang tangannya.

Aiman tidak tahu mahu buat apa. Setiap kali dia meletakkan mukanya ke arah dimana Alisa sedang merenung, tiap kali itu juga Alisa mengalihkan pandangannya, tidak mahu melihat muka Aiman dan pada akhirnya, Alisa menutup matanya.

Aiman rasa tidak berdaya dengan reaksi Alisa itu. Reaksi Alisa yang mengasingkan dirinya dari Aiman membuatkan Aiman berasa bersalah dan sangat takut.

Perasaan takut itu membuatkan Aiman dengan pantas merangkul Alisa dalam dakapannya.

Baginya ini sahajalah caranya untuk menyedapkan hatinya sendiri.

Sepanjang malam Aiman merangkul Alisa dan berterusan membisikkan kata maaf kepada Alisa.

Namun Alisa tiada reaksi, hanya menutup matanya seperti sedang tidur.

Keesokan harinya, walaupun Aiman mahu terus memujuk Alisa namun, pekerjaan di syarikat tidak boleh ditinggalkan, “Lisa, abang pergi ke ofis dulu ya. Hari ni Lisa nak makan apa-apa tak? Abang belikan.”

Alisa baring membelakangi Aiman, tidak mengendahkan Aiman.

Sebelum keluar, Aiman sempat menjeling ke arah Alisa tetapi Alisa masih tidak bergerak. Aiman hanya mampu mengeluh.

Alisa tidak bergerak tetapi sebaik sahaja dia mendengar kereta bergerak keluar, Alisa terus bangun dari pembaringannya dan melihat kereta Aiman yang keluar dari pekarangan rumah.

Alisa tersenyum sinis. Dia sangat berpuas hati kerana rancangannya berjalan dengan lancar.

Ketika itu juga, Ain masuk ke dalam bilik mahu melihat keadaan puannya itu. Pada pandangan Ain, dia melihat puannya berdiri di hadapan tingkap dan melihat tuannya yang baru sahaja keluar dari rumah.

Ain mengeluh. Dia berasa yang kedua majikannya itu saling mengambil berat antara satu sama lain tetapi tidak tahu menunjukkan kepada orang yang mereka sayang.

Di pejabat pula, staf-staf yang bekerja di tingkat di mana pejabat Aiman berada terkena tempias akan angin buruk bos mereka hari ini.

Setiausahanya, Kamal dipanggil Aiman masuk ke bilik pejabatnya.

Berdiri di hadapan bosnya itu, Kamal bertanya, “Ya bos, ada apa saya boleh bantu?”

“Kamu….” Aiman terhenti sebentar, “Kamu tahu macam mana nak pujuk seseorang?”

“Ah?” Kamal tersentak seketika memikirkan yang dia tersalah dengar.

Aiman rasa sedikit malu dengan pertanyaannya itu, “Kamu tahu tak?”

Kamal berdehem sedikit dan menjawab pertanyaan bosnya itu, “Kalau nak pujuk perempuan ni, kita kena tengok dia suka apa. Kalau dia suka barang-barang kemas, kita hadiahkan dia barang-barang kemas. Selalunya contoh macam tu la.”

Aiman mencatat apa yang di beritahu oleh Kamal itu, “Ada lagi?”

“Kalau lain, kena tengok apa yang dia mahukan atau harapkan. Bos boleh tolong dia untuk penuhi semua tu mesti dia akan jatuh hati.” Sambung Kamal.

Kamal melihat bosnya merenung terus ke arahnya. Jadi Kamal meneruskan lagi pendapatnya, “Bos juga boleh buat satu temujanji romantik….”

Kamal memerah otak mengeluarkan segala idea yang dia tahu kepada bosnya cara mahu memujuk seseorang. Selepas hampir 1 jam barulah Kamal dilepaskan oleh Aiman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience