Bab 11: Sakit

Action Completed 24247

Suasana di syarikat kebelakangan ini sangatlah tegang.

Kamal, setiausaha Aiman melihat ke arah pintu bilik bossnya itu.

Seketika kemudian, pintu itu terbuka dan kelihatan penyelia kewangan keluar dengan riak wajah yang hampa.

Seorang kerani datang menghampiri Kamal, “Ini orang yang kelima boss marah hari ni.”

Kamal berbisik, “Perlahankan suara.”

Kerani itu mengetap bibirnya, lalu berbisik ke kamal, “Kebelakangan ni boss dah kurang marah-marah, kenapa angin boss macam tak baik je hari ini.”

“Tak tahulah saya bila angin boss akan baik balik.”Kata Kamal.

Bukan sahaja angin Aiman tidak baik, badannya juga tidak rasa sedap hari ini. Semua benda Aiman rasa tidak kena.

Ditambah dengan apa yang berlaku semalam, kepalanya sangatlah serabut.

Aiman tidak tunggu sehingga petang untuk pulang dari kerja. Pada tengah hari, Aiman sudah bergerak pulang.

Sampai sahaja dia di rumahnya, Aiman tanpa sedar bergerak ke bilik tidurnya yang menempatkan Alisa.

Selepas kejadian semalam, Alisa tidak dibenarkan keluar dari bilik tersebut.

Ain sedang menghidangkan makanan untuk Alisa.

Ain dapat merasakan kedinginannya di dalam bilik ini. Selesai sahaja Ain menghidangkan makanan, hanya duduk diam di satu penjuru bilik itu seperti dia tiada di dalam bilik itu.

Alisa pula meletakkan ke tepi buku novelnya dan makan tanpa mengendahkan kehadiran Aiman di dalam bilik itu.

Melihat kelakuan Alisa itu, hati Aiman rasa suram. Mendekati Alisa, Aiman mengambil piring makanan Alisa.

Reaksi Alisa hanyalah mengambil novel yang dibacanya tadi, bergerak ke balkoni dan duduk disitu menyambung pembacaanya.

Alisa kelihatan tenang. Tiada kemarahan, tiada persoalan, hanya ketenangan.

Walaupun Aiman makan dengan kuat, Alisa tidak memberi apa-apa reaksi langsung.

Alisa terus membaca novelnya.

Hati Aiman marah membara. Hatinya mahu mengoyak-koyakkan novel di tangan Alisa itu dan ternyata perbuatannya lebih laju kerana dengan pantas Aiman merampas novel itu dan mengoyaknya.

Tapi apa yang Aiman harapkan tidak berlaku dimana Alisa hanya memandang ke arah Aiman tanpa berkata apa-apa.

Aiman betul-betul meletup masa itu tapi Alisa hanya memandang tanpa berkata apa-apa. Ain yang berada di dalam bilik itu yang menggigil ketakutan.

Keadaan ini berterusan. Tidak kira apa yang dilakukan oleh Aiman, Alisa tidak melayan mahu pun memberikan apa-apa reaksi.

Alisa hanya hidup di dalam dunianya, terlindung dari Aiman.

Ain yang berada di dalam rumah bersama Alisa yang terkena tempiasnya sehinggakan Ain yang tidak mampu bertahan bertanya dan memberikan telefon ke Alisa untuknya meminta apa-apa pun dari Aiman.

Tapi Alisa tidak mahu.

Maka perang antara Aiman dan Alisa ini berterusan sehingga hampir 1 bulan.

Sehinggalah pada satu malam, ketika Alisa sedang tidur tiba-tiba dia terdengar seperti sesuatu jatuh disebelah katilnya.

Dalam mamai Alisa nampak Aiman terbaring di atas lantai. Alisa tidak mahu ambil kisah dan cuba untuk sambung tidur.

Tetapi hati Alisa tidak sampai hati. Mengeluh kecil, Alisa bangun, buka lampu bilik dan melihat keadaan Aiman.

Apabila badan Aiman dipegang, badannya terasa panas lalu Alisa merasa dahi Aiman dan ternyata Aiman demam panas.

Alisa memanggil Ain dan mereka berdua mengangkat Aiman ke atas katil.

“Tuan kamu ni demam panas, kalau panggil doktor ke rumah, doktor boleh masuk kan?” tanya Alisa.

“Boleh puan.” Ain tahu kod untuk kunci digital yang Aiman guna untuk rumah ini.

“Panggil doktor dan nanti bawa tuala dan sebesen kecil air ke sini.” kata Alisa.

Ain menurut apa yang disuruh oleh Alisa.

Kemudian, Alisa memeriksa poket Aiman dan jumpa kunci-kunci untuk rantai di tangan dan kakinya. Tanpa buang masa, Alisa melepaskan rantai-rantainya.

Ain yang kemudiannya datang semula selepas melakukan apa yang Alisa suruh terkejut melihat Alisa yang sudah melepaskan diri, “Puan…ini…”

“Cepat sorokan rantai-rantai ni. Awak nak biar doktor tahu ke nanti yang tuan awak ni rantai isterinya sendiri.” kata Alisa.

“Oh…Ok…” Jawab Ain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience