Completed
24247
Encik Khairi yang baru sahaja sampai ke Malaysia dikejutkan dengan berita yang Aiman menolak memberikan bantuan kewangan kepada syarikatnya. Sampai sahaja dia ke rumahnya satu hadiah berupa tamparan hinggap di pipi Puan Hameeda.
Puan Hameeda dan Khaleesa terkedu.
“Kau ni memang bodoh. Aku dah cakap jangan berani buat apa-apa tapi kau buat juga. Kau fikir dengan upah orang lain, cuba nak putar belit hal pasal video tu si Aiman takkan tahu itu kerja kau ke!” Kata Encik Khairi dengan penuh amarah.
Puan Hameeda terkebil-kebil dimarahi oleh suaminya kerana dia tidak buat semua itu tetapi Khaleesa nampak gelisah kerana itu semua adalah perbuataannya.
“Kau tahu tak apa keadaan keluarga kita sekarang ni? Tanpa bantuan dari Aiman, habislah perniagaan keluarga kita ni.” Marah lagi Encik Khairi.
“Takkanlah teruk macam tu sekali?” tanya Khaleesa penuh kerisauan.
Melihat ke arah Khaleesa, kemarahan Encik Khairi reda sedikit, “Leesa, kamu pasti yang kamu boleh dapatkan semula Aiman?”
“Ya.” Jawab Khaleesa walaupun di dalam hatinya, dia sendiri tidak pasti.
“Kalau kamu dapat dapatkan semula Aiman, perniagaan keluarga kita akan selamat. Ayah percaya sama kamu.” Kata Encik Khairi.
“Ya ayah.” jawab Khaleesa.
Jauh di lubuk hati Encik Khairi, dia kurang percaya yang Khaleesa akan berjaya mendapatkan semula Aiman. Kalaulah sahaja Khaleesa tidak sakit, Aiman sudah pasti berkahwin dengan Khaleesa. Dia fikir dengan perasaan Aiman yang mendalam kepada Khaleesa walaupun Khaleesa pergi untuk beberapa tahun, perasaan itu tidak akan berubah.
Tapi tidak sangka perasaan Aiman berubah.
Kalau Khaleesa tidak mendapat semula Aiman pun tidak mengapa kerana siapa pun pilihan Aiman, Aiman tetap anak menantunya.
Seraya Khaleesa kembali ke bilik tidurnya, hatinya tersangatlah cemas. Dia tidak pernah menyangka yang keluarganya akan ada masalah. Sekarang hanya Aiman yang mampu membantu keluarganya akan tetapi Khaleesa tidak tahu samada dia mampu mendapatkan semula Aiman.
Walaupun Khaleesa sudah berjanji dengan ayahnya yang dia akan mendapatkan Aiman.
Untuk pasti mendapatkan Aiman, Alisa mesti dihapuskan!
Khaleesa pun mendail satu nombor, “Percepatkan rancangan kita. Dalam masa 3 hari aku nak nampak hasil.”
Orang yang berada di hujung talian berkata, “Tak ada masalah yang penting bayarannya…”
“Duit bukan masalah.” Jawab Khaleesa.
“Bagus, bagus. Dalam 3 hari saya akan bagi berita baik.”
Tiga hari kemudian di satu gudang terbiar, kelihatan seorang pemuda diikat di kedua kaki dan tangan. Muka dan badannya penuh luka dan bajunya sudah dibasahi dengan darahnya sendiri.
Pemuda ini adalah adik lelaki Alisa, Azim.
Bersamanya 3 orang lelaki dimana salah seorangnya sedang mencuba menelefon seseorang.
Seketika kemudian lelaki yang sedang menelefon seseorang menamatkan panggilan dan berkata kepada Azim, “Budak tak guna, nampaknya kakak kau tak nak selamatkan kau!”
“Tak! Tak mungkin!” jerit Azim, “Telefon mak bapak aku, dia orang akan minta kakak aku hantar duit.”
“Tak payah cakap banyak dah!” seorang lagi dari mereka berkata, “Potong salah satu tangan dia.” lalu mengeluarkan sebilah pisau ‘rambo’.
Dua orang memegang Azim kuat. Jeritan kuat kedengaran diikuti jatuhnya ke lantai jari kelingking Azim.
Azim pengsan serta merta tetapi dikejutkan semula oleh lelaki-lelaki tadi dengan sebaldi air.
Ketua dari tiga orang itu berkata, “Ini peluang terakhir kau. 3 hari je aku bagi. Aku nak nampak duit dalam 3 hari. Kalau tidak, bukan jari kau je yang aku potong.”
Azim mengangguk faham sambil menahan kesakitan dan kemudiannya dibuang keluar oleh lelaki-lelaki tadi. Pandai-pandailah bawa diri.
Selepas itu, ketua dari pemiutang tadi menelefon seseorang, “Semua dah beres. Budak tu pasti bencikan kakak dia. Sekarang waktu yang sesuai.”
Orang yang ditelefon adalah Khaleesa, “Bagus. Lepas aku pastikan, duit aku bayar.”
Dalam lebih kurang 30 minit, Khaleesa menelefon Azim, “Kau nak buat duit?” suara yang keluar telah diproses dengan penukar suara.
Share this novel