Bab 33: Bongkak

Action Completed 24247

Tindakan Puan Hameeda yang menyimbah teh panas ke muka Alisa mengejutkan pelanggan-pelanggan yang berada di dalam kafe tersebut.

Keadaan Puan Hameeda dan Alisa membuatkan pelanggan-pelanggan ini berfikir bahawa ini adalah konfrontasi antara seorang isteri dan pihak ketiga di mana Puan Hameeda si isteri dan Alisa pihak ketiga.

Semua orang curi-curi pandang dan mendengar adegan panas ini.

Alisa mengelap sedikit mukanya yang dibasahi air teh, “Puan, anak puan nak suami saya dan nak saya, si isteri bagi jalan pada dia, nak saya ceraikan suami saya? Puan berkuasa ke pada saya? Saya tak takut dengan ugutan puan. Buat la apa yang puan nak, saya akan lawan habis-habisan.”

Mendengar ayat-ayat dari mulut Alisa itu membuatkan penonton-penonton terkejut besar.

“Boleh pula macam tu?”

“Tak malunya…. Mak tolong anak dia rampas laki orang…”

“Yelah… Betul-betul tak tahu malu… Suka-suka je suruh orang cerai-cerai….”

Mendengar dirinya dicemuh orang ramai, Puan Hameeda dengan marah mengangkat tanganya dan berniat untuk menampar Alisa.

Orang ramai terkejut dengan perbuatan Puan Hameeda itu.

Namun begitu, sebelum tamparan Puan Hameeda sempat sampai ke pipi Alisa, tangan Puan Hameeda sempat ditangkap oleh Alisa.

Puan Hameeda cuba melepaskan tangannya dari cengkaman Alisa akan tetapi cengkaman Alisa sangat kuat.

Alisa cengkam kuat tangan Puan Hameeda dan mendekati Puan Hameeda, “Teh panas yang puan simbah ke saya ni akan saya balas semula ke puan.” Alisa berbisik.

Alisa mengancamnya! Puan Hameeda tersangatlah marah.

Alisa melepaskan sedikit cengkaman pada tangan Puan Hameeda dan Puan Hameeda dengan pantas menarik tangannya tetapi, Alisa menggunakan peluang ini untuk berpura-pura seperti ditolak oleh Puan Hameeda dan menjatuhkan badannya dengan kuat lalu berlaga dengan meja yang berada di sebelah meja yang diduduki oleh Alisa.

Seseorang berteriak, “Hati-hati!”

Seorang pelayan perempuan di kafe itu dengan pantas menolong Alisa bangun. Sementara seorang pelayan lelaki bersemuka dengan Puan Hameeda.

“Puan, minta bawa bertenang. Kalau puan macam ni, kami akan panggil polis.”

Orang ramai juga mula menegur kelakuan Puan Hameeda kepada Alisa. Puan Hameeda pula tidak mengaku kalah, tidak mahu mengaku salah.

“Awak jangan nak putar belit cerita. Awak tu pihak ketiga yang pisahkan anak saya. Pada mulanya anak saya yang patut berkawin dengan Aiman. Anak saya yang patut jadi isteri yang sah.” Bentak Puan Hameeda.

Mendengar ini, orang ramai mula berbelah bahagi. Siapa sebenarnya orang ketiga ini?

Alisa ketawa sinis, “Anak awak yang tinggalkan Aiman dulu. Hanya kerana anak awak pergi, Aiman tak boleh berkahwin dengan sesiapa pun seumur hidup dia? Sekarang, anak awak nak Aiman balik, saya kena kosongkan tempat isterinya untuk anak awak? Aiman bukan hak dia yang dia boleh tinggalkan macam tu dan ambil balik bila dia nak.”

“Jangan nak mengarut.” marah Puan Hameeda.

“Mengarut atau tak, puan faham sendiri. Tolong jangan kacau keluarga saya. Minta anak puan jangan kacau suami saya lagi.” kata Alisa dan terus berlalu pergi dari kafe itu.

Sekarang orang-orang di dalam kafe itu sedikit sebanyak faham akan situasi sebenar dan memandang ke arah Puan Hameeda dengan pandangan yang tidak baik.

Sedar dengan pandangan orang kepadanya, Puan Hameeda cepat mencapai beg tangannya dan mahu bergerak keluar dari kafe itu.

Pelayan mengingatkan Puan Hameeda, “Puan, pesanan dan barang yang pecah puan belum dibayar.”

Puan Hameeda mengambil beberapa keping duit 100 dan melemparkannya kepada pelayan itu. Dia mahu keluar dari kafe itu tetapi perasan ada orang yang merakam dirinya.

Puan Hameeda menghampiri orang itu dan berkata, “Bagi telefon itu. Padam apa yang awak rakam!”

“Kenapa pula saya kena bagi? Ini telefon saya.”

“Bagi sekarang! Percaya atau tidak yang saya bole saman awak sampai awak muflis!” marah Puan Hameeda.

Orang itu takut dengan ancaman Puan Hameeda dan memberikan telefonnya. Puan Hameeda pun memadamkan semua fail dalam telefon itu, berkenaan atau tidak berkenaan. Selesai, Puan Hameeda tidak memulangkan telefon itu malah menjatuhkannya ke lantai.

Bongkak sekali!

Puan Hameeda pun keluar dari kafe tersebut sambil dipandang benci oleh orang di dalam kafe itu.
Namun, apa yang Puan Hameeda tidak tahu, ada lagi orang yang merakam kejadian di dalam kafe itu yang kemudian memuat naiknya ke internet.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience