Completed
24247
Apabila video itu di muat naik, nombor berapa kali video itu diulang tayang meningkat.
[Ada ya orang macam ni dalam dunia ni!]
[Orang ada duit, semua benda bole!]
[Tak tahu malu langsung…]
[Tak pernah aku dengar suruh isteri orang ceraikan suami dia pastu dia pulak nak kahwin dengan laki orang tu.]
[Sapa puan besar tu? Datin mana?]
[Sapa dapat teka aku bayar 100 kat dia.]
Kecoh di internet perihal ini tapi Alisa tidak mengetahuinya.
Ain yang sedang menunggu kepulangan tuan dan puannya sedang bermain telefonnya sehingga satu topik di internet menarik minatnya. Bila dibuka pautannya dan menonton videonya, betapa terkejutnya Ain. Membara hati Ain apabila melihat puannya basah sepertinya disimbah air.
Makin terkejut Ain apabila melihat kemudian puannya ditolak sehingga jatuh dan berlanggar dengan meja yang ada di sebelah.
Mendengar perbualan antara puannya dan kononnya seorang puan besar yang menurutnya hanya kerana anaknya mahukan suami puan jadi puannya harus memberi ruang.
Amboi, amboi, sedapnya memerintah orang!
Ain baru sahaja mahu menelefon puannya, kedengaran pintu masuk rumah dibuka dan Alisa berjalan masuk.
“Puan, puan ok ke?” Ain berlari mendekati Alisa dan terkejut melihat muka Alisa yang kemerahan, “Puan! Muka puan! Dia simbah air panas ke muka puan!”
“Awak tahu ada orang simbah air ke saya?” tanya Alisa.
“Mana tak tau puan. Ada orang letak video puan bergaduh dengan sorang puan besar.” jawab Ain.
“Carikan saya ubat sapu.” kata Alisa.
Ain rasa risau, “Apa kata kita ke klinik? Merah sampai macam ni.”
Alisa menggeleng kepala, “Tak ada apa-apalah. Cukup sapu ubat je. Lagi satu, jangan bagitahu pada tuan awak.”
“Kenapa?” Ain tak bersetuju.
“Malaslah nak bergaduh. Lagipun puan besar tu ibu kepada kekasih pertama tuan awak.” jawab Alisa.
“Tapi, takkan nak biar diaorang buli puan macam ni.” kata Ain.
“Biarkan saja. Dah, tolong ambil ubat untuk saya.” kata Alisa.
Melihat Alisa yang kukuh dengan keputusannya, Ain pun pergi mencari ubat untuk Alisa.
Selesai mandi dan disapukan ubat di mukanya oleh Ain, Alisa pun mencari dan menonton video dia diserang oleh Puan Hameeda. Melihat yang terjadi, Alisa tersenyum puas.
Pada waktu itu, Alisa terfikir akan sesuatu. Semenjak apa yang berlaku antara dia dan Aiman, Alisa sedikit sebanyak ada rasa paranoid pada semua orang. Dia tidak percaya pada siapa pun dan terfikir bagaiman jika Khaleesa dan ibunya akan cuba menyakiti dirinya?
Mungkin dia patut mengupah orang untuk menjaga keselamatannya.
Pada malam ini, Aiman tidak pulang kerana dia perlu menghadiri satu perjumpaan penting. Kamal, setiausaha peribadi Aiman menunggu di luar.
Telefon Kamal kemudian berdering dan pemanggilnya adalah tunang Kamal. Tersenyum besar Kamal apabila melihat nama tunangnya terpapar di skrin telefon.
“Sayang, perjumpaan da tak lama. Kejap lagi abang balik.” Kata kamal kepada tunangnya.
Tetapi kedengaran tunangnya seperti tidak puas hati. Tunang Kamal telah melihat video di mana Puan Hameeda menyerang Alisa dan tunangnya itu kenal sangat dengan mereka yang ada di dalam video itu lalu menghubungi Kamal, memberitahu akan perihal ini.
Mendengarkan hal ini, Kamal pun segera mencari video yang disebut. Berkerut dahi Kamal menonton video itu sehingga habis. Tanpa menunggu panjang, Kamal dengan cepat mendapatkan Aiman dan memberitahu akan perkara ini.
Selesai menonton, Aiman terus bergegas pulang untuk melihat keadaan Alisa.
Ain yang mendengar kereta masuk ke pekarangan rumah dan melihat kelibat Aiman yang bergegas masuk.
Ain pun menyambut Aiman dan memberitahu apa yang berlaku pada Alisa kepada Aiman.
Alisa sudah pun masuk tidur. Aiman duduk di sisi katil melihat Alisa yang sedang tidur dan dalam samar-samar dari cahaya lampu katil, matanya terlihat wajah Alisa yang sedikit kemerahan.
Di lubuk hati Aiman bangkit satu kemarahan.
Share this novel