Bab 4: Lari 1

Action Completed 24247

Walaupun dipaksa oleh Aiman, Alisa bukanlah seorang yang senang mengaku kalah.

Semakin Alisa dipaksa, semakin Alisa tidak mahu mendengar kata.

Setiap kali Aiman memaksanya untuk makan, setiap kali itu juga, Alisa melawan.

Walaupun Aiman melayan Alisa dengan kelembutan tetapi masih ada unsur paksaan dimana Alisa tiada ruang pun untuk menolak arahannya.

Selepas 3 hari bergelut dengan Aiman, Alisa terpaksa akur dan menamatkan mogok laparnya.

Pada pagi ini, suasana kelihatan tenang dimana Aiman dan Alisa duduk di meja makan menjamu sarapan masing-masing tanpa pergelutan.

“Hari ini abang akan keluar sebentar.” Aiman berkata.

Pandangan Alisa kepada Aiman penuh dengan perasaan mengejek, “Saya tak kisah awak nak pergi ke mana pun.”

Aiman hanya tersenyum. Dia bangun dari kerusinya dan menghampiri Alisa. Aiman mahu membelai kepala Alisa tetapi Alisa dengan pantas mengelak tangan Aiman.

Aiman sudah pasti tidak akan membiarkan Alisa melawan katanya. Tengkuk Alisa dipegang kuat dimana tubuh Alisa serta merta menjadi kaku.

Aiman mencium dahi Alisa, “Tunggu abang balik petang ni dan kita akan makan malam bersama.”

Alisa hanya ketawa kecil dan tidak berkata apa-apa.

Selepas Aiman pergi, Alisa hanya duduk termenung di ruang tamu.

Sepertinya Alisa kelihatan termenung kosong tetapi di dalam otaknya, Alisa sedang mencari cara bagaimana mahu melepaskan diri.

Rumah ini seperti kubu yang susah untuk dilepasi.

Hanya ada satu cara sahaja yang dapat difikirkan oleh Alisa dan caranya sangatlah gila dan berisiko.

‘Ah…. apa bezanya dengan risiko aku terus tinggal di sini macam anak patung dia!’

Alisa nekad.

Selepas menunggu lebih kurang setengah jam, di mana Alisa pasti yang Aiman tidak akan dapat pulang dalam jangka masa yang singkat, Alisa memulakan rancangannya.

“Ain, boleh ambilkan saya segelas air.” Minta Alisa pada Ain.

Ain pun bergegas ke dapur untuk mengambil air.

Alisa berdiri dan memandang ke arah pintu masuk hadapan. Di atas pintu tersebut terdapat sebuah kamera pengawasan.

Alisa betul-betul nekad. Ini sahaja cara yang dia mampu fikirkan untuk berhasil keluar dari rumah ini.

Di atas meja kopi di ruang tamu itu terletak satu bakul kecil buah-buahan dan di situ juga ada sebilah pisau kecil untuk buah-buahan itu.

Alisa mengambil pisau itu dan terus mengelar pergelangan tangannya di hadapan kamera tersebut.

Pada saat itu, Aiman sedang memandu. Semasa di lampu merah, Aiman melihat telefonnya yang memaparkan paparan video dari kamera pengawasan di ruang tamu rumahnya.

Aiman melihat Alisa melihat ke arah kamera dan kemudian terus mengelar pergelangan tangannya tanpa teragak-agak.

Darah merah memancut keluar.

Aiman terus memusingkan kereta untuk berpatah balik semula ke rumah. Lampu merah dilanggar, Aiman hampir-hampir juga kemalangan.

Aiman mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk berpatah balik. Setibanya dia di rumah, ambulan juga sampai.

Dengan tangan yang terketar-ketar, Aiman bergegas membuka pintu.

Ain kelihatan sedang cuba memberhentikan pendarahan.

Baju Alisa dibasahi dengan darahnya sendiri. Wajahnya pucat dan matanya tertutup rapat.

Aiman merangkul Alisa. Dia meletakkan telinganya dekat di hidung Alisa, mahu merasa nafas yang dihembus keluar.

Pada saat itu, pembantu perubatan mengambil alih tempat Ain memberhentikan pendarahan dan Alisa diangkat ke atas pengusung lalu dibawa masuk ke dalam ambulan.

Tiada sesiapa lagi dalam rangkulan Aiman, membuatkan Aiman terasa kosong. Jari jemarinya terdapat kesan darah Alisa.

‘Tidak! Aku tak boleh hilang dia sekali lagi!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience