Bab 25: Khabar angin

Action Completed 24247

Gambar Aiman dan Alisa makan malam bersama tersebar di dalam syarikat Aiman. Ini kerana restoran yang mereka datang adalah restoran kepunyaan syarikat Aiman.

Aiman yang datang ke syarikat perasan akan perhatian dari pekerja-pekerjanya itu tetapi semua tidak diambil perhatian olehnya. Raut wajahnya seperti yang selalunya kelihatan dingin terus berlalu menuju ke pejabatnya.

Sebaik sahaja kelibat Aiman, pekerja-pekerjanya mula bergosip tentang macam mana bos mereka yang dingin itu hanya lembut dengan orang yang terpillih sahaja iaitu Alisa.

“Kalau korang tengok teman wanita pertama bos, korang akan faham.” Ketika itu Fara menyampuk pekerja-pekerja itu dan berlalu pergi meninggal pekerja-pekerja itu penuh tanda tanya.

Mereka semua saling berpandangan.

“Macam ada cerita-cerita panas je?” pekerja 1 bertanya.

“Weyh…weyh…” panggil pekerja 2 yang waktu itu sedang melihat telefonnya, “Tengok gambar kat post ni…”

Pekerja-pekerja yang lain pun memandang ke arah telefon pekerja 2.

“Tengok ni,” Pekerja 2 pun membesarkan satu gambar dan di gambar itu kelihatan satu pasangan lelaki dan perempuan berdiri bersama, sepertinya yang lelaki adalah bos mereka dan yang perempuan adalah isteri bos mereka.

Melalui gambar itu mereka berdua kelihatan muda sepertinya diambil ketika masih muda.

“Kau ni… Ingatkan apa tadi, gambar bos dengan isteri bos je…” Kata Pekerja 3.

“Owh… Jadi dah lama la bos dengan isteri bos kenal bukan macam orang kata yang diorang kawin kilat lepas kenal setahun dua gitu.”

Pekerja 2 menggelengkan kepalanya, “Korang tengoklah apa yang tulis kat sini.”

Melihat ke bawah ‘post’ itu dan selepas selesai sahaja membaca mereka semua terkejut.

Perempuan di dalam gambar bersama bos mereka itu bernama Khaleesa dan bukanlah isteri bos mereka. Khaleesa ini sudah meninggal dunia 5 tahun lalu.

Kenapa wajah isteri bos mereka mirip dengan wajah Khaleesa ini?

Tiada banyak yang perlu dikata. Mereka semua sedar akan maksud yang tersirat.

Tidak lama dari itu, satu khabar angin tersebar ke seluruh pelusuk syarikat Aiman dimana Alisa ini adalah pengganti kepada Khaleesa.

Semasa waktu rehat, Fara keluar ke satu ruang tangga dan menelefon satu nombor. Bila panggilannya dijawab Fara berkata, “Cik Leesa, saya dah buat seperti yang cik suruh. Sekarang satu syarikat tahu yang Alisa tu palsu, hanya pengganti.”

“Bagus. Datang ke rumah saya malam ni. Saya ada hadiah untuk awak.” Khaleesa berkata kedengaran dingin.

“Ok.” Jawab fara teruja.

Selepas panggilan di tamakan, Khaleesa melihat ke luar tingkap, melihat bandar yang sudah lama ditinggalkan. Pulang untuk mengambil kembali benda kepunyaannya.

Namun semua ini masih belum disedari oleh Alisa.

Waktu ini, Alisa sedang berada di dapur sambil diperhatikan oleh Ain.

Ain sedang melihat Alisa memasak dengan mata terbuka besar. Tidak Ain tahu yang puannya ini pandai memasak. “Puan memasak ni nak hantar makan tengah hari ke tuan ke?”

“Iya…” Jawab Alisa ringkas.

Alisa sekarang sedang merancang untuk menunjukkan kewujudannya kepada Aiman. Pada pandangan Alisa, ini adalah cara paling sesuai untuk menghadapi dengan suami abnormal ini.

Jadi dengan itu, 1 jam kemudian, Alisa sudah sampai di hadapan syarikat Aiman membawa bekal makanan untuk Aiman.

Ini pertama kali Alisa datang ke syarikat Aiman. Sebaik sahaja Alisa masuk, kehadirannya menarik perhatian pekerja di kaunter penyambut tetamu. Mana tidaknya, gambar Alisa diperhati dan digosipkan dari pagi oleh pekerja-pekerja di dalam syarikat ini.

Share this novel

atikaramli
2024-06-03 19:26:39 

hi, saya atikaramli, nak bagitau untuk bab 26 dan seterusnya di 'suamiku abnormal 2', saya tak bole update guna google account, tak bole log in, ikut bab seterusnya di nombor 2 ya


NovelPlus Premium

The best ads free experience