Bab 1: Pengganti

Action Completed 24247

Aku, Alisa hanya seorang wanita biasa, datang dari keluarga biasa.

Ibuku seorang guru di satu sekolah rendah, ayahku seorang penyelia di satu perusahaan dan aku juga mempunyai seorang adik lelaki yang berumur 10 tahun.

Aku tidak mengharapkan banyak dalam kehidupan ku. Punyai pekerjaan untuk menampung hidup, bertemu pemuda yang sederhana untuk membina keluarga dan melahirkan beberapa orang anak untuk menyerikan lagi kehidupan.

Pada suatu hari, seorang pemuda masuk ke dalam hidup aku.

Aiman seorang pemuda yang kacak dan peramah, seorang usahawan muda yang berjaya dan pemuda ini menyatakan bahawa dirinya jatuh cinta padang pertama padaku lalu cuba memikat hatiku.

Aiman seorang pemuda yang bagus, ini tidak aku nafikan, namun aku tiada apa-apa perasaan terhadap Aiman.

Aku menolak Aiman tetapi Aiman membuat satu gerakan yang membuatkan aku sendiri tergamam, Aiman telah berjumpa dengan ibu dan ayahku lalu merisikku.

Tanpa pengetahuanku, ibu dan ayahku telah menerima pinangan tersebut dan satu majlis pertunangan telah dijalankan. Saat aku perlu menyarungkan cincin pertunanganku, aku tak mampu berbuat apa-apa.

Aku tak rela tetapi ibu dan ayahku memaksaku menerima semua kerana Aiman pemuda kaya dan duit hantaran mampu diminta dalam jumlah yang banyak dari Aiman.

Sangkaanku mungkin Aiman terkena tipu muslihat dari ibu dan ayahku yang tidak diberitahu akan hal sebenar.

Aku tidak mampu melawan kata-kata orang tuaku mahupun menyakiti hati Aiman yang mungkin tertipu oleh muslihat orang tuaku, jadi aku terima. Mungkin ini ketentuan ilahi.

Sepanjang pertunangan, aku cuba menerima kehadiran Aiman dalam hidupku.

Bakal suamiku.

‘Tak kenal maka tak cinta’

Sepanjang pertunanganku, hari ke hari, tanpa ku sedari, aku mula jatuh hati pada Aiman kerana Aiman memberikanku sesuatu yang selama ini aku inginkan.

Perasaan disayangi seseorang. Hanya aku dimatanya.

Disaat hari pernikahanku, dimana akadnya sah, aku merasa sangat bahagia.

Dimata semua orang, aku seorang isteri yang sangat disayangi oleh suamiku Aiman. Semua orang cemburu akan ku. Aiman amat berdedikasi terhadap diriku dan menyatakan bahawa aku sudah menghawini seorang suami yang bagus.

Tetapi semua ini hancur apabila aku menemui sekeping gambar di bilik bekerja Aiman.

Sekeping gambar seorang wanita bersama Aiman dan wanita di dalam gambar itu begitu mirip dengan wajahku.

Aku sangat pasti aku tidak pernah mengambil gambar ini bersama Aiman.

Aku menjadi bingung.

Dalam diam, aku siasat siapakah wanita di dalam gambar tersebut.

Identiti wanita itu adalah Khaleesa, cinta pertama Aiman.

Aiman dan Khaleesa saling mengenali sejak dari kecil lagi. Semua orang berfikir bahawa pasangan ini akan bersama sehingga ke jinjing pelamin.

Namun, musibah berlaku. Semasa menaiki kapal terbang ke luar negara, kemalangan berlaku dan Khaleesa meninggal dunia.

Kematian Khaleesa membuatkan Aiman jadi hampir gila. Pemuda yang ceria bertukar menjadi seorang yang suram.

Apabila melihat perubahan Aiman, tiada sesiapa yang berani menyebut tentang perihal Khaleesa dan tiada orang yang memberitahu aku akan perihal cinta pertama ini.

Walaupun aku mahu berfikiran positif tapi aku tak mampu menipu diri sendiri.

Disaat aku berdiri di hadapan cermin dan menatap semula gambar Khaleesa itu, aku kelihatan mirip akan Khaleesa. Bukan pada wajah, tetapi penampilan ku sekali, dari atas kepalaku sehinggalah ke hujung kaki ku.

Dulunya aku tidak faham kenapa Aiman menyuruh aku belajar benda yang tidak aku minat.

Dulunya aku tidak faham kenapa Aiman menyuruh aku memakai benda yang tidak aku minat.

Semuanya bukanlah untuk kebaikan aku tetapi untuk mengubah aku.

Membaca laporan siasatan, orang yang Aiman sayang adalah Khaleesa bukan aku.

Aku hanyalah pengganti Khaleesa.

Kebahagian ini hanyalah ilusi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience