Bab 18: Hal Sebenar

Action Completed 24247

“Pergi!” Bentak Aiman marah.

Namun begitu ketukan di pintu tidak berhenti.

“Jangan bagi saya ulang kali kedua!” Marah Aiman lagi.

Ain menggigil ketakutan tetapi dia harus teruskan juga usahanya. Jika tidak tuannya akan membuat satu kesilapan yang besar, “Tolong Tuan, buka pintu. Saya ada benda penting untuk beri pada tuan!”

Beberapa ketika kemudian, Ain bersyukur kerana pintu dibuka oleh bosnya itu.

Di hadapan bosnya yang kelihatan sangat menakutkan itu, Ain tidak membuang masa dan memberikan nota yang dijumpainya tadi.

Nota itu diambil Aiman dan kandungannya dibaca oleh Aiman. Di atas nota tertulis ayat yang ringkas.

‘Masih ingat cafe yang kita berdua pertama kali berjumpa?’

‘Saya tunggu abang di situ’

Selesai membaca, nota itu terus remuk digenggam oleh Aiman.

Melihat perilaku bosnya itu, Ain bimbang yang bosnya masih tidak mempercayainya, “Tuan, saya jumpa nota ini diruang tamu, bawah meja kopi. Mungkin nota ini terjatuh ke bawah meja.”

Aiman sudah tidak dengar apa-apa lagi. Kepalanya ligat memikirkan dan menghadam apa yang dibacanya tadi.

Betul ke dia sudah salah faham pada Alisa? Alisa tak pernah fikir untuk larikan diri?

Aiman kebingugan.

Kalau semua ini betul, apa yang dirinya sudah lakukan? Aiman tidak mampu bertanya mahu pun memandang ke arah Alisa.

Aiman terus berlalu keluar dari bilik. Kemudian kedengaran kereta dihidupkan dan kereta itu keluar dari pekarangan rumah.

Ain mengeluh lega. Kemudian Ain pun masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan puannya dan dia melihat Alisa yang sudah siap di rantai kaki dan tangannya.

Ain cemas apabila melihat ada darah di bahagian lengan Alisa, “Puan cedera ke?”

Alisa hanya memandang ke arah Ain tanpa berkata apa-apa.

“Tunggu ya puan saya bawa ubat dan pembalut untuk luka puan.” Kata Ain sambil bergerak mahu pergi mengambil peti pertolongan cemas.

“Tak perlu.” Jawab Alisa.

“Tapi kalau tak rawat nanti takut luka jadi lagi teruk.” kata Ain.

“Saya tak apa-apa.” kata Alisa bersahaja.

Ain cuba memujuk Alisa, “Puan, tuan tu cuma terbawa-bawa dengan kemarahan saja. Semua ni cuma salah fa….”

Belum sempat Ain menghabiskan ayatnya, Alisa mencelah, “Awak buat kerja awak. Saya nak bersendirian.”

Melihat puannya yang kelihatan keletihan, Ain hanya mampu mengeluh kecil, “Baik puan. Kalau puan nak apa-apa, puan panggil saya ya.”

“Ok.” Alisa jawab ringkas.

Aiman yang tadinya memandu keluar dari rumah sekarang sedang menuju ke cafe yang dimaksudkan oleh Alisa.

Aiman tidak teringat pun semasa Alisa memberitahu mengenai cafe itu tetapi sejurus selepas dia membaca nota kecil itu, barulah dia teringat kembali akan cafe ini.

Aiman bergerak masuk ke dalam cafe itu.

Aiman disapa oleh seorang pelayan di situ, “Maaf tuan, hari ini kedai kami tutup. Boleh datang esok ya.”

Sedang pelayan itu menunggu jawapan dari Aiman, kedengaran pula suara juruwang di situ bertanya, “Pelanggan yang tempah cafe kita hari ni dah sampai ke?”

“Tak ada. Kita tunggu setengah jam lagi. Kalau tak datang juga tutup jelah cafe. Dah lambat ni.” Jawab pelayan itu.

Juruwang tadi membebel, “Puan tu pun satu, telefon tak berangkat!”

“Siapa pelanggan yang tempah cafe ni hari ni?” Pertanyaan Aiman menyentak pelayan dan juruwang tadi.

“Puan bernama Alisa.” Jawab pelayan tadi ringkas. Dia memandang ke arah Aiman, “Encik ni suami puan tu ke?”

Aiman tidak menjawab.

Pelayan tadi bergerak menghampiri kaunter di mana juruwang sedang duduk. Faham apa yang diinginkan pelayan itu, juruwang tadi mengeluarkan satu invois.

“Kalau encik suami dia, boleh tak selesaikan pembayaran yang masih tidak dibayar?!” kata pelayan tadi.

Takut yang Aiman tidak mahu bayar, pelayan itu menjelaskan lagu, “Puan tu cakap tempat ini kat mana dia jumpa suami dia buat pertama kali. Nak sambut ulang tahun kamu berdua katanya. Waktu tu puan tu cuma bagi deposit sahaja, selebihnya belum bayar. Jadi boleh tak encik selesaikan pembayaran?”

Bab tambahan sempena hari raya yang akan datang dalam sehari lagi. Selamat hari raya para pembaca novel ini. apa-apa pun sila la rate novel saya ni ya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience