Completed
24247
Tiga orang beranak itu tersangatlah teruja bila dengar Aiman bertanya jumlah yang mereka mahukan.
Puan Salimah terus menjawab, “Kami nak 50 juta.”
“Ok.” Balas Aiman.
Semakin terujalah mereka bila Aiman bersetuju dengan jumlah yang mereka minta.
Aiman terus menulis satu cek dan diberikan kepada mereka dan terus berlalu pergi.
Keluarga tiga beranak ini, lepas mendapatkan apa yang mereka mahukan tidak kisahkan apa-apa lagi. Mereka pun terus pulang ke rumah tetapi ada tetamu sedang menunggu mereka di sana.
Pengutip hutang sudah siap sedia menunggu mereka.
“Duit da siap? Tak ada duit, jangan harap keluar hidup-hidup dari sini.” Kata ketua pengutip hutang itu.
Cek yang baru sahaja tadi di terima sekarang terpaksa diberi kepada orang lain. Semasa memberikan cek, Azim berkata, “Hutang kami 40 saja, lagi 10 pulangkan semula ke kami.”
Melihat jumlah cek, ketua tadi berkata, “40 tu hutang semalam. Sekarang dah jadi 50. Jumlah ni memang cukup-cukup bayar hutang kau.”
Azim mahu melawan tapi tidak berani. Habislah, melepas 10 juta.
Ketua pengutip hutang itu pun menyuruh 2 orang bawahannya untuk pergi menebus cek tersebut.
Namun, selepas beberapa jam kemudian 2 orang bawahan itu menelefon ketua mereka, “Bos, cek ni cek betul tapi cek ni cek curi. Nasib baik kita orang sempat perasan, kalau tak, tak pasal-pasal kena cekup polis.”
Ketua itu dengan marah terus menumbuk muka Azim, “Korang ni memang berani ya! Cek curi korang bagi kat aku!”
Azim cuba menjelaskan, “Tak! Tak! Itu bukan curi! Abang ipar aku yang bagi kat aku dengan tangannya sendiri!”
Ketua itu mendengus, “Abang ipar kau tu nama Aiman kan! Setahu aku dia ni dah tak kisah pasal hal kau. Tak mungkin dia senang-senang nak bagi cek banyak macam ni. Korang ni nak pedajal aku kan sebenarnya!” Ketua pun melihat kepada orang bawahannya yang lain, “Kasi ajar dia orang ni!”
Hari itu, mereka bertiga habis lunyai dipukul pemiutang tersebut. Kejadian ini membuatkan bapa dan ibu Azim ketakutan. Sementara Azim masih tidak sedarkan diri, mereka berdua lari meninggalkan Azim.
Azim tidak mampu membayar hutang-hutangnya. Akhirnya kaki dan tangannya habis dipatah riukkan oleh pengutip hutang. Kemudian dia dibuang di tempat pembuangan sampah.
Ibu bapa Azim tidak tahu lari kemana namun, 5 bulan kemudian, mayat mereka berdua telah dijumpai di satu rumah kayu usang. Pasangan itu dipercayai mati kelaparan.
Aiman meneruskan hidupnya tetapi perwatakannya menjadi semakin ekstrem, semakin pendiam, semakin suram.
Aiman masih percaya Alisa masih hidup. Notis mencari Alisa tidak pernah Aiman turunkan. Semua orang berkata bahawa Alisa sudah tidak ada lagi tetapi Aiman percaya Alisa masih hidup.
Sehinggalah satu hari, Aiman menerima satu surat saman.
Aiman menerima satu surat permohonan cerai.
Alisa telah menfailkan penceraian.
Aiman pada mula gembira kerana ini membuktikan Alisa masih hidup tetapi mula berasa sedih kerana Alisa mahu bercerai dengannya.
Melalui maklumat guaman, Aiman cuba mencari alamat dan nombor telefon Alisa. Nasib menyebelahi Aiman kerana dia berjaya mendapatkan nombor telefon Alisa.
Dengan hati yang berdebar, nombor di telefon. Kedengaran talian cuba disambung, menunggu orang di hujung talian menerima panggilan. Jantung berdegup kencang dan akhirnya panggilan diangkat.
“Hello, assalamualaikum.”
Suara yang kedengaran di telinga Aiman cukup Aiman kenal.
“Waalaikumsalam… Lisa… Ni abang…” kata Aiman dengan penuh rindu pada Alisa.
Share this novel