Completed
24247
Teksi tiba di tempat yang Alisa inginkan.
“Abang boleh tunggu sekejap, saya pergi ambil duit untuk bayar tambangnya.” Kata Alisa kepada pemandu teksi.
Pemandu teksi mengecilkan matanya sambil memandang ke arah Alisa. Dia agak teragak-agak tetapi mengangguk juga.
Alisa mengucapkan terima kasih dan keluar dari teksi.
Sekarang Alisa berada di hadapan sebuah rumah condo dan dengan cemas menekan loceng condo tersebut.
Condo ini adalah milik ibu dan bapa Alisa.
Seketika kemudian, kelihatan ibu Alisa keluar dan berjalan menghampiri pintu pagar utama sambil membebel kerana Alisa telah menekan loceng condo tanpa henti.
“Kamu Alisa!” Kata Ibunya Puan Salimah, “Dah kenapa tekan loceng tu banyak kali, ibu kamu ni tak pekak lagi.”
Selepas membuka pintu pagar, Puan Salimah memandang Alisa dari atas ke bawah. Ini kerana saat ini Alisa memakai pakaian seorang jururawat, “Kamu ni dah bila pulak kerja jadi jururawat ni?”
“Ada kecemasan sikit,” sambil memegang lengan ibunya, Alisa berkata, “Ibu saya tak bawa duit boleh ibu bayarkan tambang teksi dulu, saya masuk ke dalam dulu. Ada benda penting mahu beritahu pada ibu.”
Tanpa sempat Puan Salimah berkata apa-apa, Alisa terus bergegas masuk ke dalam rumah.
“Hoi!”
Dalam Puan Salimah membebel, tidak puas hati akan kelakuan anak perempuannya itu, dia tetap membayar tambang teksi dan masuk semula ke dalam rumah.
Di dalam, sebaik sahaja Puan Salimah melangkah masuk dari pintu depan, Alisa yang sedang menunggu di sebalik pintu menarik masuk Puan Salimah dan menutup pintu dengan pantas lalu dikunci.
“Kamu ni dah kenapa Alisa?” tanya Puan Salimah.
Puan Salimah dibawa duduk disebelah bapanya Encik Azrul yang berada di ruang tamu.
“Ibu, ayah, tolong Alisa, Aiman sekarang ni dah macam orang tak betul.” Beritahu Alisa.
Puan Salimah mengeluh, “Dah tak betul apanya Alisa. Itu kan suami kamu, tak baik cakap yang bukan-bukan. Satu lagi, kenapa kamu datang macam dikejar orang ni?”
“Aiman tipu Alisa ibu. Selama ni dia tak pernah sayang pada Alisa. Aiman cuma nak Alisa jadi pengganti orang yang da mati.” Alisa berkata lagi.
“Sebab muka Alisa mirip dengan bekas kekasih dia, dia kahwin dengan Alisa. Sekarang ni lepas Alisa minta di lepaskan, dia kurung Alisa dalam rumah kami. Alisa dah tak tau nak buat apa, jadi Alisa cederakan diri supaya boleh keluar dari rumah tu dan larikan diri.”
Puan Salimah dan Encik Azlan terkejut dengan penjelasan Alisa.
Melihat pergelangan tangan yang telah dikelar Alisa, Puan Salimah kelihatan sedih, “Jadi Aiman tak tau kamu disini?”
Alisa menggelengkan kepalanya.
“Tak apa, nanti kita akan selesaikan hal ni,” kata Puan Salimah sambil mengusap belakang tangan Alisa yang cedera, “Mari ibu tukar balutan kamu, nampak da terbuka jahitan kamu. Abang kita ada peti kecemasan kan. Bawa ke bilik tetamu dengan segelas air.”
Encik Azlan mengangguk.
Puan Salimah memapah Alisa bergerak ke bilik tetamu.
Menyedari ini Alisa bertanya, “Kenapa tak ke bilik Alisa?”
“Bilik Alisa kan di atas. Alisa rehat je dulu dekat bawah ya.” Kata Puan Salimah.
Alisa mengagguk.
Seketika kemudian Encik Azlan masuk ke bilik tetamu membawa peti kecemasan dan segelas air.
“Mari minum air ni untuk tenangkan diri.” Kata Puan Salimah.
Alisa pun minum segelas air itu dan menghembus nafas lega. Akan tetapi, entah kenapa hatinya berasa tidak selesa.
Namun begitu, melihat ibunya membalut lukanya, Alisa berasa sedikit gembira kerana ibunya jarang begini kisah akan dirinya. Ianya seperti satu saat yang lama ibunya menjaganya seperti ini.
Lama-kelamaan, Alisa berasa tersangat mengantuk. Matanya cuba ditahan tetapi Alisa tak mampu.
Akhirnya, Alisa jatuh terbaring di atas katil, tertidur.
Saat Alisa sedar semula, tangan dan kakinya berantai dan ada sesuatu disumbat di dalam mulutnya. Apabila melihat sekeliling, Alisa sedar yang dia sudah berada di dalam bilik tidur di rumahnya bersama Aiman.
Share this novel