Bab 28: Terkedu

Action Completed 24247

“Siapa kamu?”

Pertanyaan Aiman ini membuatkan Khaleesa terkedu. Reaksi yang diharapkan Khaleesa tidak berlaku. Aiman memandang ke arahnya dengan pandangan yang pelik. Pandangan matanya membuatkan hati Khaleesa sakit.

Aiman kemudian kelihatan mendial talian luar untuk menghalaunya keluar.

“Aiman, awak dah tak ingat siapa saya ke?” Khaleesa bertanya.

“Siapa kamu?” Aiman bertanya kembali.

“Ini saya Leesa. Leesa kesayangan abang. Tak akan abang da lupa pada Leesa?” Mata Khaleesa mula berlinangan dengan air mata dan memandang ke arah Aiman seperti seseorang yang telah dibuli.

Aiman mengerutkan dahinya, “Khaleesa sudah lama meninggal. Kalau awak nak menyamar jadi dia, pastikan awak cek dulu maklumat yang betul. Saya tak kisah siapa dan tujuan awak tapi sila keluar dari ofis saya sebelum saya panggil pengawal.”

Banyak kemungkinan yang Khaleesa fikirkan tetapi reaksi Aiman ini tidak Khaleesa jangka sama sekali.

Jelas sekali mukanya tiada apa-apa perubahan tetapi Aiman berfikir yang dirinya sedang cuba menipu?!

“Saya memang Khaleesa,” Khaleesa pun mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan satu gambar kepada Aiman, “Ingat gambar ni? Kita berdua ambil bersama masa kita keluar bercuti ke cameron highland. Masa itu, Leesa terlambat bangun dan kita ada janji nak tengok matahari terbit sama-sama.”

“Ada satu masa tu Leesa ada rosakkan lukisan abang tapi abang tak marah pun. Abang pujuk Leesa dan kita melukis sama-sama. Lukisan tu akhirnya menang pertandingan.” Khaleesa sambung.

“Kalau abang tak percaya lagi, abang boleh telefon ibu bapa Leesa untuk sahkan.” Khaleesa berkata, “Ini memang Leesa abang…”

“Leesa?” gerakan Aiman terhenti.

“Ya, ini saya. Ini Khaleesa.” Jawab Khaleesa.

Khaleesa begitu menanti sekali perjumpaan semula dirinya bersama Aiman tetapi reaksi yang diterima luar dari jangkaannya.

“Awak hidup lagi?”

Pertanyaan ini membuat Khaleesa rasa kecewa, “Abang marah ke?”

Khaleesa lihat Aiman mengerutkan dahinya. Sepertinya Aiman nampak marah, “Abang salahkan Leesa ke sebab kenapa Leesa masih hidup?”

Tiada jawapan dari Aiman.

“Tapi Leesa tak ada pilihan. Semasa periksa kesihatan, Leesa dapat tahu yang Leesa sakit, peluang untuk sembuh sangat tipis. Leesa tak nak abang risau pasal Leesa sebab tu Leesa tak bagitahu apa-apa dan cakap yang Leesa tak selamat dalam satu kemalangan.”

“Leesa betul-betul ingat Leesa tak akan hidup lama tapi tak sangka rawatan Leesa berjaya. Satu dalam seribu kes Leesa ni abang. Tak kira sakit macam mana pun rawatan Leesa, selama Leesa ingatkan abang, sakit macam mana pun Leesa boleh tanggung.”

“Alhamdulillah, Leesa berjaya sembuh abang. Sekarang Leesa boleh kembali ke sisi abang.”

Semua ini Khaleesa ucapkan dengan penuh perasaan sambil matanya merah berlinangan air mata.

Tetapi raut wajah Aiman bertambah buruk, “Awak tipu saya.”

Dalam panjang lebar penjelasan Khaleesa, inilah fakta yang nyata pada Aiman.

“Leesa terpaksa buat macam tu. Kalau abang marah Leesa, salahkan Leesa, Leesa terima semuanya. Ini memang salah Leesa pada abang.” Kata Khaleesa sedih.

Aiman menghela nafas dalam-dalam dan berkata, “Baik, saya faham. Jadi kamu boleh pergi sekarang.”

Khaleesa terkedu mendengar kata-kata Aiman itu. Apa?! Kenapa situasi tidak seperti yang dirinya jangka? Kenapa reaksi Aiman sangat dingin sekali? Bukankah dulu Aiman sangat taksub dengan dirinya?

“Abang… Ini Leesa abang…” Khaleesa cuba mengingatkan Aiman.

“Ya, saya tahu.” Jawab dingin Aiman.

Khaleesa terkedu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience