Completed
24247
“Saya nak berjumpa dengan Encik Aiman tetapi saya tak buat apa-apa temujanji. Bole ke saya naik ke pejabatnya atau saya perlu menelefon Encik Aiman dulu untuk pengesahan?” Alisa bertanya kepada pekerja di kaunter penyambut tetamu.
“Tak perlu, tak perlu. Saya bawa puan ke pejabat Encik Aiman.” Jawab pekerja itu.
Alisa agak terkejut apabila dilepaskan oleh penyambut tetamu berjumpa dengan Aiman dengan mudah. Menjeling ke sekitar pekarangan pejabat, Alisa dapat rasakan yang pekerja-pekerja di situ seperti mengenali dirinya.
Penyambut tetamu itu mengiringi Alisa ke lif, menggunakan kad pekerjanya, nombor tingkat pejabat Aiman siap-siap ditekan untuk Alisa, “Pejabat Encik Aiman di tingkat ini ya.”
“Terima kasih.” Alisa menjawab.
Semasa lif naik menuju ke tingkat di mana pejabat Aiman berada, lif berhenti di satu tingkat dan beberapa orang pekerja wanita menaiki lif. Apabila mereka melihat akan Alisa, mereka kelihatan terkejut.
Mereka kelihatannya cuba berlagak bersahaja tetapi Alisa berasa pelik kerana sepertinya pekerja-pekerja ini mengenalinya. Apabila mereka tiba di tingkat mereka dan bergerak keluar, Alisa dapat tangkap serba sedikit apa yang pekerja-pekerja itu bisikkan.
“Itu kan pengganti bekas teman wanita bos!”
“Iyala… Kan muka sama dengan dalam gambar tu.”
Dahi Alisa berkerut mendengar ini. Hal yang hampir sama berlaku setiap kali ada pekerja-pekerja menaiki lif dan melihat akan Alisa.
Setibanya di tingkat pejabat Aiman, Alisa keluar dengan wajah penuh senyuman. Sama seperti apa yang berlaku di tingkat bawah, kehadiran Alisa menarik perhatian pekerja-pekerja di situ. Dari lif, Alisa berjalan menuju ke meja Kamal.
Kamal yang menyedari kehadiran Alisa terkejut lalu bangun dari kerusinya, “Puan?”
“Tuan kamu ada sekarang? Dia senang ke sekarang?” Alisa bertanya.
“Senang… Sangat senang…” Jawab Kamal.
Kamal pun mengiringi Alisa ke pintu pejabat Aiman. Kamal tidak mengetuk pintu. Dia terus sahaja membuka pintu untuk Alisa. Pada Kamal, jika orang lain pasti akan dimarahi oleh Aiman kerana tidak mengetuk pintu pejabatnya dulu sebelum masuk tetapi Kamal yakin yang bosnya tidak akan marah kalau orang yang melakukan ini adalah isterinya sendiri.
Tekaan Kamal betul sekali. Aiman yang sedang menyemak dokumen-dokumen pada mulanya mengerutkan dahinya, berasa jengkal kerana ada orang masuk ke pejabatnya tanpa mengetuk pintu tetapi apabila Aiman melihat siapa yang masuk, Aiman sangat terkejut.
“Kenapa Lisa di sini?” Aiman bertanya.
“Ke sini bawakan makanan untuk abang. Bila kenyang baru ada tenaga untuk bekerja. Ada tenaga bekerja untuk jaga saya.” Alisa sambil tersenyum mengangkat bekal makanan yang dibawanya, “Terharu tak?”
Aiman sangat gembira dan semestinya terharu. Makanan dihidang di atas meja dan Aiman makan makanan yang terhidang. Bila Aiman tahu yang makanan ini dimasak oleh Alisa sendiri, hati Aiman semakin tersentuh.
Selepas setengah jam, pintu pejabat Aiman terbuka lantas mencuri perhatian pekerja-pekerja di situ. Alisa keluar diiringi oleh Aiman. Alisa berjalan sambil merangkul lengan Aiman. Aiman pula kelihatan sangat lembut mengiringi Alisa.
Selepas Alisa menaiki lif dan Aiman masuk semula ke biliknya, pekerja-pekerja memulakan gosip mereka.
“Tengok bos mesra je dengan isteri dia. Betul ke benda pasal pengganti tu?”
“Mana kita tau. Mungkin bos mesra sebab anggap isteri bos bekas kekasih dia.”
“Tak kot. Aku tengok bos dengan isteri dia dah macam cinta sejati gitu.”
“Betul ke cinta sejati?”
“Korang fikir kalau bekas kekasih bos masih hidup, siapa yang akan menang?”
“Apa menang, menang? Kau ingat ini drama tv ke?!”
“Korang fikirla, sorang tu kekasih pertama bos, sorang lagi isteri bos… Susah nak cakap sapa akan menang.
“Kekasih pertama susah nak dilupakan. Aku pasti kekasih pertama menang.”
“Sudah…. Sampai bertaruh pulak…”
Hal di mana Alisa menghantar makanan untuk Aiman tersebar ke seluruh syarikat. Fara yang mendengar hal ini menelefon kepada Khaleesa.
alhamdulliah, berjaya log in semula...
Share this novel