Bab 3: Dipaksa

Action Completed 24247

Kedengaran pintu bilik di ketuk.

Alisa tidak mengendahkannya. Diri diselubungkan dengan selimut dan Alisa terus baring membelakangkan pintu biliknya.

Pintu bilik dibuka dan pembantu rumah wanita bernama Ain berkata, “Puan, sudah masa waktu makan tengah hari.”

Alisa tidak memberi reaksi.

Kedengaran bunyi seperti troli makanan ditolak ke dalam bilik.

Alisa dapat rasa yang Ain memberhentikan troli makanan itu di sebelah katilnya.

Ain berkata lagi, “Puan, mari makan tengah hari.”

Hanya orang tidak betul akal sahaja akan makan dalam keadaan dia dikurung oleh suami sendiri.

Hari ini adalah hari kedua Alisa dikurung oleh Aiman di dalam rumah mereka ini.

Selepas dia dibawa secara paksa ke bilik tidur, Alisa keluar semula selepas Aiman keluar dari rumah dan memeriksa sekitar kawasan dalam rumah.

Keseluruhan rumah sudah dikawal rapi. Kesemua pintu di rumah ini dilengkapi kunci digital yang hanya boleh dibuka oleh Aiman.

Kamera ada di setiap penjuru.

Apabila Alisa cuba memecahkan tingkap, saat itu baru dia sedar, cermin yang digunakan adalah kaca tahan pecah.

Bukan itu sahaja, semua lubang angin sudah ditutup dan udara dikawal menggunakan penghawa dingin berpusat.

Alisa seharian kepenatan tapi tiada hasil untuk melepaskan diri.

Aiman sudah lama merancang hanya Alisa sahaja yang bodoh untuk tidak menyadarinya.

Rumah yang selama ini Alisa duduk bersama Aiman ini dari sebelum duduki oleh Alisa sudah di ubah suai untuk menangani Alisa apabila tiba masa semua penipuan terbongkar.

Ain adalah pembantu rumah wanita yang ditugaskan oleh Aiman untuk mengawasi Alisa terutamanya waktu makan Alisa.

Sejak dari semalam, Alisa menolak bila Ain membawa makanan untuknya.

Buat masa sekarang ini, Alisa tiada selera untuk makan.

Mata ditutup dan suara Ain dibiarkan. Lama-kelamaan, tanpa Alisa sedar, dia tertidur.

Alisa tersedar semula apabila terasa selimut yang digunakan untuk menyelubungi dirinya direntap kuat.

Mata Alisa terkebil-kebil melihat di sekelilingnya, kebingungan tetapi semasa matanya terlihat akan Aiman, Alisa terus segar.

Melihat muka Aiman yang tenang membuatkan hati Alisa kembali rasa marah yang membara.

Selimut tadi Alisa ambil semula dan kembali menyelubungi dirinya.

Kedengaran Aiman bersuara, “Ain kata dari semalam Lisa tak makan apa-apa.” Terasa Aiman
duduk di atas katil, di sebelah Alisa, “Lisa jangan macam ni, nanti kalau jatuh sakit, abang susah hati nanti.”

Mendengar nama panggilan yang digunakan Aiman membuatkan Alisa sedar betapa bodoh dirinya ini.

Panggilan sebenar adalah ‘Leesa’ yang datang dari nama Khaleesa dan bukanlah ‘Lisa’ yang datang dari namanya ‘Alisa’.

Dengan perasaan marah, selimut diselak ketepi, Alisa berkata, “Tak perlu nak hipokrit. Kalau nak saya makan, keluarkan saya dari rumah ni dan lepaskan saya. Kalau tak jangan nak harap apa-apa dari saya.”

Aiman dan Alisa bertentangan mata.

Apa yang Alisa jangka adalah Aiman sekurang-kurangnya akan cuba memujuknya untuk makan. Akan tetapi, lain pula yang berlaku.

Aiman terus mencengkam di bawah dagu Alisa dengan kuat manakala tangan yang lagi sebelah satu mangkuk yang ada di atas troli makanan yang berada di sebelah katil.

Tanpa berkata apa-apa, Aiman terus menuang apa yang ada di dalam mangkuk tadi ke dalam mulut Alisa secara paksa.

Alisa tersedak dan meronta-ronta cuba melepaskan diri tetapi pegangan Aiman sangat kuat.

Apa yang masuk ke dalam mulutnya terpaksa ditelan Alisa. Perit di tekaknya membuatkan Alisa cuba melepaskan diri tetapi tetap dipegang kuat oleh Aiman.

Aiman hanya berhenti di mangkuk yang ketiga.

Alisa dipegang oleh Aiman terbaring di atas katil ambil mulutnya ditekup oleh telapak tangan Aiman.

“Dengar cakap abang Lisa. Abang tak kisah buat macam ni hari-hari pada Lisa. Jangan lawan cakap abang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience