Bab 24: Kawalan

Action Completed 24247

Apabila Alisa dan Aiman memasuki ke dalam restoran, kehadiran mereka berdua disedari oleh pekerja-pekerja Aiman yang makan malam juga di restoran itu. Mata mereka terbeliak melihat bos mereka itu bersama-sama seorang wanita cantik.

“Sapa tu makan dengan bos besar kita tu?”

“Cantik kot!”

“Tapi pelik kot kenapa makan kat sini ya?”

“Entahlah.”

“Kebelakangan ni mood bos macam tak baik je. Aku tengok tu bos macam ok je.”

Kumpulan mereka berborak secara perlahan-lahan sambil kadang kala memandang ke arah Aiman dan Alisa. Melihat Aiman yang melayan Alisa, kemesraan itu membuatkan mereka melihat sisi baru bos besarnya itu.

“Betul ke ni bos kita ni?”

“Puan kita ni bertuah ya, dapat tambat hati bos kita tu.”

“Tak payah nak cemburu sangat dekat perempuan tu la.” salah seorang wanita di antara mereka berkata.

Korang semua fikir yang bos suka dan sayang dengan perempuan tu? Perempuan tu hanya pengganti. Bila yang sebenar balik, perempuan tu tak kemana pun.

“Apa maksud kau Fara?” Tanya seorang pekerja wanita yang lain.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Fara dengan senyuman yang penuh makna.

Selesai makan, mereka semua pun bergerak pergi kecuali Fara yang berpisah dari kumpulan dan cuba menelefon seseorang tetapi panggilan tidak diangkat. Kemudian Fara mengambil gambar Aiman bersama Alisa dan dihantar ke nombor yang cuba dihubunginya tadi lalu berlalu pergi.

Orang yang cuba dihubungi oleh fara melihat gambar yang dihantar kepadanya.

Melihat kemesraan Aiman terhadap Alisa, telefon yang dipegang digengam kuat. Kemesraan yang dulu hanya dirinya sahaja yang mampu merasa sekarang sedang dirasai oleh orang lain. Apabila memikirkan yang ada orang lain berjaya menggantikan dirinya, hatinya dipenuhi rasa marah.

Kau tak layak! Kau hanya pengganti aku! Aiman milik aku! Nampaknya aku mesti kembali semula lebih awal dari rancangan.

Nombor seseorang di telefon, “Tolong sediakan aku tiket balik ke malaysia hari ni juga.”

“Kalau nak hari ni mungkin ada pun awal-awal pagi.” Jawab orang dihujung talian.

“Ya, aku perlu balik hari ni juga.”

“Ok, aku dah tempah tiket. Kau boleh terus ke lapangan terbang dari rumah.”

Panggilan ditamatkan. Gambar Aiman dan Alisa ditatap lagi. Milik aku sudah tiba masanya aku ambil semula.

Kembali kepada Alisa dan Aiman, pasangan ini masih mesra memesan makanan mereka. Alisa sedang melihat menu restoran sementara Aiman yang duduk di hadapannya dengan penuh semangat mengesyorkan makanan kesukaannya di restoran itu.

“Ini, ini dan ini, semua makanan ini abang dah pernah cuba, semuanya sedap. Lisa nak cuba.” Cadang Aiman.

“Ok.” Jawab Alisa.

Aiman memesan makanan mereka. Melihat Aiman yang penuh kepuasan dan riak wajah yang tidak lekang dengan senyuman, hati Alisa terasa rumit. Mungkin sebelum ini dia tidak faham akan fikiran Aiman tang abnormal, tetapi sekarang dia faham.

Fikiran Aiman sangat mudah difahami. Dia tidak banyak permintaan. Jika kita ikut segala kehendaknya, Aiman amat mudah dipuaskan dan dia akan melayan orang yang memuaskan kehendaknya dengan sangat baik tanpa batasan.

Aiman hanyalah seorang lelaki yang sukar membentuk dan mengekalkan hubungan dengan seseorang.

Alisa sekarang sangat yakin. Di hati Aiman kini ada Alisa. Tidak lama lagi, Aiman akan melupakan kewujudan Khaleesa.

Dalam setengah tahun, Aiman akan berada dalam kawalannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience