Bab 27: Lain

Action Completed 24247

Khaleesa menjawab panggilan Fara, “Ya?”

Fara berkata, “Perempuan tu hari ni bawa makanan tengah hari untuk Encik Aiman. Lama juga mereka dua orang berdua-duaan dalam ofis tu. 1 jam jugak la.”

Dahi Khaleesa berkerut, “Ok. Terus perhati mereka. Apa-apa nanti info saya.”

“Baik cik.” Jawab Fara.

Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, wajah Khaleesa serta merta berubah suram. Pada mulanya dia meletak pengintip di syarikat Aiman adalah untuk memastikan tiada perempuan lain menggoda Aiman tapi tidak disangka pengintip ini berjaya tangkap sesuatu dan perempuan lain itu adalah Alisa.

Khaleesa juga tidak menyangka yang Alisa berjaya menggoda Aiman. Dia tahu akan kewujudan Alisa dan tahu juga Aiman menggunakan Alisa untuk menggantikan dirinya.

Alisa ini sungguh tidak tahu tempatnya dan sudah tiba masanya Alisa ini diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Khaleesa berfikir yang rancangannya harus di cepatkan.

Keesokannya harinya, Alisa datang juga ke syarikat Aiman membawakan bekal untuk Aiman tetapi pada hari ini, Aiman sedang berbincang dengan beberapa orang pekerjanya di dalam pejabat.

Menyedari ini, Alisa memberi isyarat ke Aiman menggunakan matanya agar Aiman meneruskan perbincangannya manakala Alisa dengan senyap duduk di tepi. Menunggu Aiman sambil membaca majalah yang tersedia.

Selepas setengah jam berlalu dimana jam akan menunjukkan jam 1 tidak lama lagi, namun perbincangan antara Aiman dan pekerja-pekerjanya masih tidak habis dan kelihatannya Aiman seperti tidak mahu berhenti.

Alisa berdehem, mahu menarik perhatian Aiman, memberitahu yang sekarang sudah mahu masuk waktu makan.

Dehem itu berjaya menarik Aiman keluar dari kerja-kerjanya itu. Aiman pun berkata kepada pekerja-pekerjanya, “Kamu semua boleh bersurai dan bincangkan antara kamu. Petang nanti bentang semula ke saya.”

Selepas semua orang beredar, Aiman bergerak mendekati Alisa, “Maaf ya, dah tunggu lama?”

“Saya tak kisah tunggu lama tapi bos tak boleh berlapar.” Jawab Alisa.

Sejak dari itu, Alisa akan datang ke syarikat dan membawa bekal makan tengah hari untuk Aiman setiap hari. Pekerja-pekerja di situ juga sudah terbiasa dengan kehadiran Alisa.

Pada satu hari, seperti hari-hari yang lainnya, penyambut tetamu menyedari kehadiran Alisa yang datang ke syarikat. Tetapi dia berasa pelik kerana gaya Alisa berpakaian pada hari ini sangat berlainan seperti selalu dan yang paling penting, di tangannya tiada bekal makanan seperti selalu.

“Puan.” Sapa penyambut tetamu itu.

Alisa tidak menyapa kembali, tidak mengendahkan penyambut tetamu itu dan bergerak menuju ke lif. Sepanjang perjalanan, pekerja-pekerja yang terserempak dengan Alisa dapat merasakan yang perlakuan Alisa sangat berbeza dari selalu.

Setibanya di tingkat di mana pejabat Aiman berada, Alisa bertemu dengan Kamal.

“Puan.” Kamal menyapa.

Alisa dengan dingin mengangguk menyambut sapaan Kamal dan berlalu pergi.

Kamal agak terkejut dengan sikap dingin ini. Pekerja-pekerja di tingkat itu saling berpandangan apabila sapaan mereka disambut dengan dingin sekali.

Apabila kedengaran orang masuk ke pejabatnya tanpa mengetuk pintu, Aiman berfikir yang itu adalah Alisa dan melihat ke arah pintu. Tetapi melihat ke arah wanita yang berdiri di pintu, Aiman mengerutkan dahinya.

Ternyata wanita yang datang itu bukanlah Alisa tetapi Khaleesa.

Khaleesa melihat ke arah Aiman dengan matanya yang penuh dengan rasa teruja. Lelaki ini sudah pun matang dan stabil, dalam masa yang sama menarik perhatian. Sekarang dia mampu berdiri semula di samping lelaki ini.

Khaleesa pun berjalan menghampiri Aiman dan bila dia sudah beberapa langkah dari Aiman, kedengaran suara Aiman bertanya,

“Siapa kamu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience