Completed
24247
Pada malam itu juga, Aiman menelefon kepada Encik Khairi, bapa kepada Khaleesa.
Panggilan dengan pantas dijawab, “Aiman, apa mimpi yang Aiman ingat nak telefon pak cik ni?”
“Encik Khairi, tindakan isteri encik hari ni, saya harap pihak encik akan bagi penjelasan pada saya. isteri saya bukan seseorang yang senang-senang boleh dibuli.”
Encik Khairi yang sekarang ini berada di luar negara terkejut mendengar nada suara Aiman yang tidak mesra ini.
Apa pulak perempuan ni dah buat?
Syarikat Encik Khairi sekarang ini perlukan bantuan kewangan dari Aiman dan pada waktu ini sudah ada perbincangan antara pihak Encik Khairi dan Aiman. Akan ada masalah kalau Aiman menolak memberikan bantuan.
“Jangan risau Aiman, pak cik akan beri penjelasan yang memuaskan pada Aiman.” Encik Khairi menamatkan panggilan dan terus menelefon isterinya.
Sebelum itu, berbalik semula kepada Puan Hameeda, dia pulang ke rumah dengan perasaan yang marah sekali.
Khaleesa yang melihat ibunya pulang menyapanya, “Macam mana ibu?”
“Mungkin ibu ni jahil. Tak pernah ibu jumpa orang yang sangat kurang ajar.” Kata Puan Hameeda.
Khaleesa menenangkan ibunya, “Sabar ibu. Jangan marah-marah. Perempuan tu berani berlagak sebab dia ada Aiman. Dia buka sapa-sapa tanpa Aiman.”
Puan Hameeda memegang tangan anak kesayangannya itu, “Leesa, mustahil untuk mulakan dengan perempuan tu. Leesa kena mulakan dengan Aiman. Pikat semula Aiman. Bila Aiman tak iktiraf perempuan tu, dia takkan berguna apa pun.”
Namun pada malam itu, Puan Hameeda tidak akan menyangka yang suaminya akan menelefonnya dan memarahinya.
“Apa yang awak dah buat hari ni?” tanya encik Khairi dengan marah.
“Saya tak buat apa-apa.” jawab Puan Hameeda.
“Tak ada apa-apa! Kalau tak ada apa-apa kenapa ada orang telefon abang hari ni?” kata Encik Khairi.
Puan Hameeda yang teringat akan kejadiannya bersama dengan Alisa dan hatinya tidak berasa bersalah malah rasa sangat marah.
Perempuan tu boleh pula mengadu!
“Eda cuma jumpa dan bercakap je dengan isteri Aiman.” Puan Hameeda menjawab.
Encik Khairi yang mendengar jawapan isterinya itu, berasa ragu-ragu.
Betul ke? Kalau tidak tak akan Aiman telefon dirinya? Atau pun Aiman yang terlebih emosi?
Kemarahan Encik Hairi reda sedikit, “Buat masa sekarang awak jangan jumpa isteri Aiman tu, Syarikat kita perlukan bantuan Aiman. Jangan rosakkan rancangan abang.”
Encik Hairi menamatkan panggilan telefon itu dan berfikir yang masalah tidak sebesar mana tetapi fikirannya salah.
Pembantu peribadi Encik Hairi datang kepadanya dan menunjukkan kepadanya satu video yang sedang viral di laman web syarikatnya.
Selesai sahaja Encik Khairi menonton video tersebut, raut wajahnya berubah suram.
Ini yang dia kata jumpa dan bercakap je?
“Cepatkan kerja kita kat sini dan cepat balik semula.” Arah Encik Khairi.
Encik Khairi kemudian menelefon semula isterinya, “Hameeda! Kamu nak bunuh aku ke?”
Puan Hameeda kebingungan apabila dimarah selepas panggilan tersambung, “Apa abang cakap ni?”
“Apa yang abang cakap? Apa yang kamu buat dengan isteri Aiman?” tanya Encik Khairi.
“Kan Eda dah cakap, Eda cuma berjumpa dan cakap dengan dia saja pasal hal Leesa. Kenapa jadi hal pulak?” jawab Puan Hameeda.
Encik Khairi berkata, “Jumpa dan bercakap je? Kamu jumpa dan bercakap dengan simbah teh panas ke muka dia dan tolak dia sampai terjatuh?”
Puan Hameeda dengan suara kecil menidakkan kenyataan itu, “Mana ada.”
“Tak ada?” Encik Khairi mendengus marah, “Kau pergi laman web syarikat, kau tengok apa orang tengah sibuk tengok! Abang akan balik secepat mungkin dan kau jangan berani buat apa-apa pun!”
Share this novel
tq update...