Bab 17: Tak percaya

Action Completed 24247

Melihat Alisa yang tidak berkata apa-apa membuatkan kemarahan Aiman membuak-buak, “Kenapa senyap? Ke awak memang nak kaki awak dipatahkan?”

“Apa yang awak nak saya cakap?” Alisa memandang tepat ke mata Aiman, “Apa pun yang saya cakap awak takkan percaya. Awak dah pun buat keputusan, apa lagi yang awak nak saya cakap.”

Aiman mendengus, “Awak nak saya percaya yang awak tak cuba larikan diri? GPS rosak, tanah runtuh, kemalangan? Nak percaya awak nak buat kejutan?” Aiman gelak kecil, “Memang awak bagi saya satu kejutan yang besar!”

Aiman kemudian mengangkat Alisa bangun dan mengheret Alisa ke kereta. Semasa memakaikan Alisa tali pinggang keselamatan, Aiman perasan ada darah di lengan Alisa.

Timbul rasa bersalah di hati Aiman tetapi apabila mengingati pembohongan Alisa, rasa bersalahnya hilang. Aiman mengalihkan pandangan dan buat tidak hirau.

Selepas lama kereta dipandu, Alisa melihat persekitaran yang tidak asing baginya dan dia sedar nasib yang bakal menimpa pada dirinya. Sebaik sahaja kereta diberhentikan di pekarangan rumah, Alisa tanpa berkata apa-apa terus membuka tali pinggang keselamatannya.

Ain yang dari tadi menunggu di rumah terus berlari keluar apabila mendengar kereta masuk ke pekarangan rumah.

Ain melihat bosnya, Aiman dengan muka yang masam membawa masuk puannya, Alisa masuk ke dalam rumah. Ain mengikut dari belakang dan melihat Aiman membawa Alisa ke bilik mereka. Ain berasa sangat cemas.

Di dalam bilik, Alisa di tolak oleh Aiman ke atas katil lalu Aiman bergerak ke satu kabinet di dalam bilik mereka.

Rantai-rantai yang pernah digunakan dulu ke Alisa dikeluarkan.

Melihat rantai-rantai tersebut, Alisa berkata, “Awak akan menyesal!”

Aiman tersenyum sinis, “Menyesal? Saya tak akan menyesal. Yang saya kesal adalah percayakan awak. Patutnya saya kurung je awak dalam ini.”

“Aiman!” Alisa meninggikan suaranya, “Saya tak tipu awak. Saya memang ada buat kejutan untuk awak. Cubalah awak pergi ke cafe tempat kita pertama kali jumpa dulu. Tanyalah pemandu grab yang saya guna tu, apa yang berlaku semasa nak ke cafe tu.”

Aiman mendengus sinis, “Awak ingat saya anak percaya cakap awak? Jangan harap! Apa pun yang keluar dari mulut awak, saya tak percaya. Awak penipu.”

“Saya tak tipu. Siasat dulu. Tolonglah, siasat dulu.” Alisa memohon.

Aiman tidak mengendahkan lagi Alisa. Kaki dan tangan Alisa terus dirantai.

Alisa tidak lagi memohon pada Aiman, “Awak akan menyesal buat saya macam ni.”

Ain yang berada di bawah, mundar mandir di ruang tamu. Kadang kala Ain melihat ke arah tingkat atas dan cuba-cuba mendengar apa yang terjadi di tingkat atas. Tiada kedengaran jeritan atau tangisan.

Ain tidak tahu apa yang dilakukan tuannya kepada puannya itu.

Ain buntu. Puannya selepas dilepaskan oleh tuannya tidak menunjukkan pun yang puan ada rancangan untuk melarikan diri.

Saat Ain mundar mandir itu, matanya terpandang satu nota kecil di bawah meja kopi di ruang tamu itu. Pantas Ain mengambil nota itu dan di baca apa yang tertulis.

Tekaan Ain betul. Puannya tidak berniat langsung untuk melarikan diri.

Tanpa melengahkan masa, Ain berlari ke tingkat atas bersama nota tersebut.

Pada waktu ini, Aiman sedang memegang sebatang kayu golf, berjalan menghampiri Alisa.

Alisa hanya mampu memandang, tersenyum tipis. Matanya mula berlinangan air mata tetapi Alisa cuba seka supaya tidak jatuh.

Bila Aiman betul-betul di hadapan Alisa, Alisa berkata, “Awak tak pernah percayakan saya.”

Alisa pasrah menerima nasib apa pun.

Aiman melihat renungan mata Alisa dan hatinya terasa sakit, terasa lemas. Genggaman Aiman pada kayu golf di ketatkan.

Hati Aiman bergelora. Kenapa tak minta belas kasihan? Kenapa tak berikan lagi jaminan? Kenapa tidak berkata apa-apa lagi? Aiman terasa seperti dia akan hilang sesuatu yang penting untuk dirinya.

Di saat itulah kedengaran pintu bilik di ketuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience