Bab 5: Lari 2

Action Completed 24247

Dengan pantas ambulans sampai ke hospital.

Alisa dibawa ke dalam bilik kecemasan dimana Aimana dengan cemas menunggu di luar, berharap yang mereka cepat sampai ke hospital.

Jika Lisa mati… Apa yang patut aku buat?

Tidak! Lisa pasti selamat!

Apabila doktor keluar dari bilik kecemasan dan berkata, “En. Aiman, isteri encik sudah selamat.” Barulah hati Aiman berasa lega.

“Terima kasih doktor.” Aiman berkata.

Apabila hatinya cukup kuat barulah Aiman masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan Alisa.
Alisa terbaring di atas katil.

Aiman hanya berdiri kaku di sisi katil sambil memandang ke arah Alisa.

Di saat ini, Alisa sebenarnya sedar tetapi berpura-pura masih tidak sedarkan diri.

Alisa bernasib baik kerana ubat bius hanya diberikan di bahagian tangannya yang cedera.

Masa adalah emas dan sangatlah berharga pada saat ini dimana Alisa harus lari dari hospital ini sebelum Aiman membawanya semula ke rumah.

Tetapi bagaimana? Aiman pula seperti batu berdiri kukuh di tepi katilnya tidak bergerak-gerak.

Namun ketika itu, nasib sepertinya menyebelahi Alisa kerana kedengaran telefon Aiman berdering.

Alisa mendengar Aiman menjawab panggilan telefon tersebut dan kemudian kedengaran sepertinya Aiman berjalan keluar dari bilik wad tersebut.

Sebaik sahaja kedengaran pintu bilik wad tersebut ditutup, Alisa membuka matanya dengan perlahan-lahan untuk memastikan apa yang didengarnya betul.

Aiman tiada di dalam wad ini!

Alisa bangun dari pembaringannya perlahan-lahan sambil cuba menahan sakit di pergelangan tangan yang telah dijahit oleh doktor tadi.

Alisa memandang ke sekeliling wad dan berfikir bagaimana caranya untuk dia lari dari wad ini.

Tingkap dijenguk keluar tapi Alisa sedar tingkat di mana dia berada agak tinggi untuk terjun ke bawah.

Bagaimana mahu lari? Adakah risiko yang diambilnya hari ini hanya perbuatan sia-sia?

Aiman yang berada di luar wad kedengaran sudah habis menjawab panggilan telefonnya dan sepertinya sudah mahu masuk kembali ke dalam wad.

Alisa semakin cemas dan matanya melihat sekeliling mencari tempat yang boleh dia bersembunyi seketika. Matanya tertumpu ke suatu tempat dan dengan segera menuju ke tempat itu.

Saat pintu bilik wad dibuka, apabila menghampiri katil, Aiman menyedari Alisa yang tadinya sedang baring di atas katil sudah tiada.

Betapa terkejutnya Aiman ketika itu.

Aiman memeriksa di bilik air wad itu tetapi tiada kelibat Alisa. Setiap penjuru bilik dan setiap tempat yang dimana Alisa boleh bersembunyi diperiksa oleh Aiman tetapi Alisa tetap tidak dijumpai.

Aiman baru sahaja memanggil beberapa pengawal peribadinya untuk berjaga di luar bilik wad tetapi belum sempat mereka sampai, Alisa sudah berjaya melarikan diri.

Pengawal-pengawal peribadi yang dipanggil Aiman baru sahaja tiba di bilik wad tersebut.

“Cari isteri saya sampai dapat!” Arah Aiman.

Dalam fikiran Aiman, Alisa mungkin masih berada di dalam kawasan hospital. Dia pun bergerak menuju ke bilik kawalan CCTV untuk melihat kemana Alisa sudah lari.

Alisa yang telah melarikan diri, sudah pun berjaya keluar dan berjaya menahan satu teksi untuk keluar dari kawasan hospital.

Tempat yang Alisa menyorok supaya tidak dijumpai oleh Aiman adalah di belakang pintu masuk bilik wadnya.

Sebelum pintu dibuka oleh Aiman, Alisa bergerak ke belakang pintu dan semasa Aiman berjalan ke katil, Alisa dengan pantas dan sesenyap mungkin keluar dari bilik itu.

Alisa juga tidak manyangka yang caranya ini akan berjaya.

Alisa juga sempat menyarung pakaian seragam jururawat yang dijumpainya untuk menyamar supaya tidak senang di kesan.

Alisa berasa seperti nasib baik bersamanya akan tetapi pilihan yang diambilnya kemudian ternyata menjadi satu kesilapan besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience