Bab 8: Permintaan

Action Completed 24247

Pada keesokan harinya, Ain seperti biasa tepat pada waktunya membawa sarapan pagi untuk Alisa.

Dengan pandangan yang dingin, Ain berkata, “Puan, sarapan.”

Dalam sangkaan Ain, Alisa akan menolak untuk makan dan sudah bersedia untuk membawa sarapan keluar semula keluar.

Tetapi sangkaannya meleset apabila Alisa bangun dari pembaringannya lalu mengambil makanan yang dibawa Ain lalu memakannya.

Ain sangat terkejut dan memandang pelik ke arah Alisa.

Alisa tidak mengendahkan pandangan Ain padanya dan terus makan. Saat ini Alisa perlu kuatkan semula tenaganya dan makan sangat penting.

Selepas Alisa selesai makan, Ain mengambil bekas makanan dan bergerak keluar dari bilik.

“Tunggu!” Alisa memanggil Ain.

“Ya puan, ada apa yang puan perlukan?” Ain bertanya.

“Saya mahu menelefon Aiman.” Alisa memberitahu kepada Ain.

Ain berasa curiga dengan permintaan Alisa itu.

“Kamu boleh menelefon dulu Aiman dan kemudian biar saya bercakap dengan dia. Kalau ada benda yang pelik, kami ambil telefon tu dari saya.” Alisa berkata.

Walaupun ada rasa was-was dengan permintaan Alisa itu tetapi Ain bersetuju juga. Aiman di telefon tetapi panggilan tidak diangkat, “Tiada jawapan dari tuan Aiman, puan. Mungkin puan boleh bercakap dengan tuan bila tuan pulang nanti”

“Gunakan telefon saya.” Alisa beritahu.

Ain teragak-agak untuk mengikut kehendak Alisa itu.

“Jangan risau. Dengan saya yang macam ni, apa yang boleh saya buat.” kata Alisa lagi sambil mengangkat kedua belah tangannya, menunjukkan ke Ain keadaannya yang dirantai itu.

Ain mengeluh resah. Dia mengambil juga telefon Alisa dan diberikan kepadanya. Sambil diperhatikan oleh Ain, Alisa mencari nombor Aiman dan menelefonnya.

Pada saat itu, Aiman sedang mengerusi satu perjumpaan di syarikatnya apabila telefonnya bergetar menandakan ada panggilan masuk.

Aiman menjeling sedikit untuk melihat siapa pemanggilnya adalah ‘Leesa’, dia segera mengangkat panggilan tersebut dan memberi isyarat kepada pekerjanya yang sedang memberi laporan untuk berhenti.

“Leesa..”

Mendengar panggilan ini, Alisa berasa menjijikan tetapi perasaan itu cuba dikawal, “Ini saya Aiman.”

Mendengar suara Alisa, Aiman terkejut, ‘Bagaimana Alisa dapat telefon ini?’

“Jangan risau, saya masih lagi di dalam rumah ni, tak kemana- mana pun.” Alisa beritahu.

“Ada apa?” Aiman bertanya.

“Bole tak jangan letak apa-apa ubat lagi dalam makanan saya? Saya tak mahu macam orang lalok selalu. Saya tak mahu nanti saya mati dalam tidur.” Alisa menjawab. “Saya takkan minta awak lepaskan saya tau buka rantai-rantai ni. Tolong jangan bagi saya ubat apa-apa lagi.”

Suara Alisa kedengaran tenang. Aiman yang mendengar berasa sayu dan sedih, “Ok. Asalkan awak tak tinggalkan saya, saya akan beri apapun untuk awak.”

“Terima kasih.” Mendapat jawapan yang diinginkan, Alisa menamatkan panggilan dan telefon diberi semula ke Ain.

“Tengah hari nanti saya mahu makan.” Beritahu Alisa ke Ain.

Ain mengangguk faham sambil mengambil semula telefon tadi. Selepas menerima apa yang diinginkan Alisa untuk makan tengah harinya, Ain pun bergerak keluar dari bilik.

Aiman berasa was-was lalu menelefon ke Ain bertanyakan perihal Alisa. Tiada perkara yang pelik tentang Alisa pada hari ini kecuali dia tidak lagi melawan.

Menamatkan panggilannya, Aiman meneruskan perjumpaannya yang diberhentikannya tadi.

Tetapi hidup tanpa gajet sangatlah membosankan. Selepas Alisa selesai makan tengah hari, tiada apa yang boleh Alisa lakukan.

Jadi Alisa memanggil semula Ain dan berkata mahu menelefon Aiman lagi.

Ain memberikan telefonnya sambil memerhati dengan tajam segala pergerakkan Alisa.

Semasa setiausaha sedang melaporkan jadualnya, telefon Aiman bergetar menandakan ada panggilan masuk.

Ini kali kedua orang yang sama menelefonnya dan Aiman berasa agak gembira, “Ada apa-apa yang berlaku?” Aiman menjawab panggilan tersebut.

“Saya bosan.” Jawab Alisa ringkas.

“Awak bole tonton TV.” Kata Aiman.

“Drama-drama di TV saya tak suka.”

“Awak boleh melukis.”

“Tak minat.”

“Awak boleh baca apa-apa buku.”

“Tak boleh masuk bilik bekerja awak.” Alisa meminta, “Awak tolong belikan saya buku.”

“Buku apa?” Aiman bertanya.

“Belikan saya buku novel romantik yang popular sekarang ni.” Alisa menjawab.

“Ok.” Aiman pun menamatkan panggilan lalu berkata ke setiausahanya, “Kosongkan atau tunda jadual saya petang ini. Kalau penting biar penolong saya gantikan saya.”

“Baik boss.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience