Completed
24247
Ain menerima satu mesej dari tuannya. Selepas menerima arahan, Ain pun bergerak ke bilik tidur dimana Alisa sedang berbaring di atas katil, membaca buku, “Puan, puan nak keluar jalan-jalan tak? Dah lamakan puan tak keluar shopping-shopping. Puan nak keluar tak dengan saya?”
Alisa tahu yang ini mungkin idea dari Aiman. Alisa mahu lihat apa yang dirancangkan oleh Aiman, “Ok.” Jawab Alisa pendek.
Ain yang mendapat jawapan yang positif tersangatlah gembira. Mereka berdua pun bergerak keluar.
Setibanya di pusat bandar, Ain pun membawa Alisa ke satu kompleks membeli-belah terkemuka dan mereka mula membeli-belah.
Mencuba satu baju yang berenda ala-ala seorang puteri membuatkan Alisa mengerutkan dahinya. Alisa baru teringat yang dia sudah tidak lama membeli baju-baju baru untuk di pakai. Dia mendengus di dalam hatinya. Walau sebanyak mana pakaian yang ada di dalam almarinya, kesemuanya bukanlah apa yang dirinya suka pakai.
Ain melihat puannya itu mencuba setiap pakaian, dan membeli setiap pakaian yang dicubanya itu tanpa berfikir panjang. Gayanya seperti orang yang sedang melepaskan geramnya dengan membeli-belah dengan membabi-buta.
Ain seperti biasanya memberitahu hal ini kepada tuannya, Aiman.
Aiman hanya membalas, ‘Biarkan puan kamu nak beli apa-pun. Kalau tak cukup duit, nanti saya boleh suruh setiausaha saya hantarkan kad.’
Alisa berhenti membeli-belah apabila Ain mensyorkan mereka untuk berehat seketika di satu cafe. Sedang dia dan Ain menjamu selera, tiba-tiba suasana cafe itu menjadi kecoh.
Kedengaran beberapa pelanggan menyuruh untuk melihat ke luar tingkap. Melihat keluar, kelihatan kelopak-kelopak bunga ros jatuh dari langit dan di skrin besar yang terdapat di luar bangunan memaparkan ayat ‘Lisa Abang Minta Maaf’.
Ain yang melihat ini semua sangat teruja dan berkata kepada Alisa, “Puan, ini mesti kejutan dari tuan. Itu kan nama puan.”
“Tak mungkinlah.” Jawab Alisa, “Mungkin sama nama je.”
Di masa itu, Ain menerima satu mesej dari Aiman, ‘Macam mana reaksi puan kamu?’
Ain membalas, ‘Puan tak percaya tuan yang buat kejutan tu!’
Aiman melihat kembali ke skrin besar itu, Aiman terus menepuk dahinya, ‘Lupa nak letak dari siapa!’
Selepas selesai membeli-belah, Alisa dan Ain pun pulang ke rumah. Masa itu, rumah di dalam kegelapan dan bila Ain cuba buka suis lampu, tetapi lampu tidak bercahaya.
“Puan, nampaknya elektrik takde. Sekejap ya, saya panggil orang untuk baiki. Mari kita tunggu laman depan.” kata Ain.
Alisa mengangguk dan mereka berdua pun bergerak ke laman depan. Ketika itu secara tiba-tiba, laman depan itu diterangi cahaya berkelip-kelip. Kedengaran melodi lagu beralunan dan kelihatan Aiman sedang berdiri ditengah-tengah satu lingkaran bunga sambil memegang sejambak bunga.
Alisa hanya melihat ke arah Aiman. Semua yang dilakukan oleh Aiman sememangnya romantik akan tetapi, dari lagu yang dimainkan ke jambangan bunga yang dipegang oleh Aiman, semuanya adalah kesukaan bekas kekasih Aiman, Khaleesa, dan bukan Alisa.
Sebaik sahaja lagi selesai dimainkan, Aiman pun bergerak menghampiri Alisa tetapi raut wajah Alisa tidak baik dan kelihatan bertambah marah. Aiman cemas, “Lisa, abang…”
Belum sempat Aiman menghabiskan ayatnya, Alisa tersenyum sinis ke arah Aiman dan terus bergerak masuk ke dalam rumah. Aiman yang cemas dengan reaksi Alisa dengan pantas mengekori Alisa.
Alisa bergerak menuju ke biliknya. Waktu itu lampu sudah pun terpasang di seluruh rumah. Tempat yang dituju adalah almari bajunya. Isi di dalamnya, baju, bag, kasut, semuanya Alisa kaut dan buang keluar.
Waktu itu juga, Aiman dan Ain sampai ke bilik.
Melihat kelakuan Alisa itu, Aiman bertanya, “Apa yang Lisa tengah buat ni?”
Alisa melihat ke arah Aiman dengan renungan yang tajam, “Awak tak nampak? Saya nak buang semua ni?”
Aiman berasa hairan, “Bukan ini semua barang-barang yang awak suka?”
Alisa ketawa sinis, “Saya suka? Awak pasti ke saya suka semua ni?”
Alisa melihat ke arah Aiman. Melihat raut wajah terkejutnya, Alisa ketawa kecil, “Apa yang saya suka awak tak pernah tahu pun…”
Membuang barang-barang pemberiannya, pastinya Aiman berasa marah tetapi melihat kelakuan Alisa itu, Aiman tak mampu berkata apa-apa.
Aiman hanya melihat Alisa membuang semua barang-barang di dalam almari itu.
Selamat hari pekerja....
Share this novel