Bab 9: Permintaan 2

Action Completed 24247

“Saya teringin nak makan cek secret recipe, wild blueberry cheesecake. Nanti awak balik kerja boleh tak belikan untuk saya?” Alisa meminta.

“Ok.” Aiman menjawab tanpa banyak soal.

Apabila Aiman selesai menjawab, panggilan terus diputuskan. Aiman merenung ke skrin telefon untuk seketika dan kemudian menyambung menyelesaikan meneliti dokumen-dokumennya.

Pada petang hari, setiausaha Aiman masuk ke biliknya untuk mengingatkannya tentang temujanjinya dengan klien mereka.

Dalam perjalanan ke tempat temujanjanjinya, Aiman meminta pemandunya untuk singgah sebentar di satu kedai secret recipe yang berdekatan untuk membeli kek yang diminta oleh Alisa.

Sepanjang perjumpaannya dengan kliennya, Aiman tidak berhenti melihat waktu di jam tangannya.

Kliennya, Encik Rahman yang menyedari tingkah lakunya itu bertanya selepas perbincangan mereka tamat, “Isteri menunggu ke di rumah?”

Aiman tidak menjawab. Walaupun begitu Encik Rahman faham kerana Aiman memang terkenal sebagai seorang suami yang sangat menyayangi isterinya.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Harapan Alisa untuk menikmati cek yang diminta mungkin bukan pada hari ini.

Namun, begitu, beberapa saat kemudian kedengaran kereta masuk ke pekarangan rumah. Alisa bangun dan melihat dari tingkap. Kereta yang membawa Aiman sedang di parkir di tempat letak kereta.

Alisa duduk semula di sofa dan membaca novelnya semula, sepertinya dia leka membaca novel, tidak perasaan ada orang masuk ke dalam rumah.

Perhatiannya teralih apabila sekotak kek muncul dihadapannya.

Alisa terkejut dan terus mengambil kotak kek tersebut. Tanpa berlengah, kotak kek dibuka dan Alisa terus menikmati kek yang diinginkannya.

Sedang Alisa makan, dia sedar yang Aiman sedang memerhati dia yang sedang makan. Alisa pun mengambil sedikit kek dengan sudu dan mempelawa Aiman, “Nak cuba rasa?”

Aiman tidak suka apa-apa makanan yang mempunyai keju tetapi apabila dipelawa Alisa, tanpa sedar, Aiman memakan kek yang diberikan. Dahinya berkerut akibat rasa masam keju dari kek.

“Macam mana?” tanya Alisa.

Melihat Alisa yang penuh harapan itu, Aiman menjawab, “Ok.”

Dengan itu, Alisa makan kek diselang dengan menyuap ke Aiman.

Dari itu, dalam beberapa hari yang seterusnya, Aiman pasti akan menerima panggilan dari Alisa dimana Alisa akan meminta Aiman untuk membelikan sesuatu untuknya.

Namun, pada hari ini, panggilan yang ditunggu oleh Aiman tidak kunjung tiba.

Aiman kurang fokus dalam pekerjaannya, kadang kala akan menjeling ke telefonnya.

Macam-macam bermain di fikirannya seperti, ‘Ada apa-apa ke berlaku pada Lisa?’

Akhirnya, Aiman pun menelefon Ain, “Dimana puan kamu?”

Ain menjawab, “Puan sedang membaca di bilik tuan.”

“Puan kamu ada mahu apa-apa tak?” Aiman bertanya lagi.

Ain penuh tanda tanya, “Tiada.”

Aiman tidak puas hati, “cuba tanya puan kamu.”

Ain tidak banyak tanya dan naik ke atas. Alisa sedang membaca di balkoni.

“Puan.” panggil Ain.

“Ya Ain, ada apa?” Tanya Alisa.

“Saya mahu tanya jika puan perlukan apa-apa?” Tanya Ain.

“Tak ada apa-apa. Kamu boleh buat kerja kamu?” Jawab Alisa.

Mendengar jawapan Alisa dari telefon, Aiman tahu yang Alisa masih lagi dirumah. Tiada apa-apa yang berlaku pada Alisa.

Aiman patut rasa lega tetapi, entah kenapa hatinya rasa tidak senang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience