Prolog

Action Completed 24247

Andai kata.

Andai kata Alisa tidak mendapat resolusi yang dia dapat untuk melepaskan dirinya dari menjadi pengganti buat Khaleesa, apakah yang akan terjadi pada Alisa.

Bagaimanakah nasib Alisa?

Apabila ditangkap semula oleh Aiman selepas dikhinati oleh ibu bapanya, Alisa dipukul dengan teruk oleh Aiman yang ambil masa sebulan untuk Alisa sembuh.

Sejak dari itu, Alisa dirantai, di kaki dan di tangan. Makanannya semua diletakkan ubat yang melemahkan badan Alisa.

Sepanjang pengurungan Alisa, jika Alisa tidak mengikut kehendak Aiman dan tidak memainkan watak Khaleesa dengan baik, Aiman akan memukul Alisa dengan teruk.

Alisa diseksa sehinggakan apabila melihat sahaja Aiman, Alisa berasa sangat takut akan Aiman. Ketakutan ini hanya membuatkan Aiman bertambah marah kerana Khaleesa tidak takut pada Aimam.

Sehinggalah satu hari, Alisa disahkan mengandung. Sejak dari itu, Aiman berubah menjadi lembut semula tetapi Alisa masih dirantai. Alisa menggunakan alasan mengandung untuk minta akan tidak dirantai dan setelah berkali-kali merayu, Alisa bebas.

Semasa Aiman ada urusan kerja di luar negeri, Alisa mengambil peluang ini untuk melarikan diri lagi. Orang yang Alisa minta tolong tidak lain dan tidak bukan, ibu dan bapanya. Alisa menunjukkan lebam-lebam di badannya akibat didera oleh Aiman. Namun begitu, ibu dan bapanya tetap memberitahu kepada Aiman.

Aiman tersangatlah marah apabila mengetahui yang Alisa lari lagi. Apabila Alisa dibawa pulang ke rumah, Aiman mematahkan kaki Alisa supaya Alisa tidak boleh lari lagi. Setiap sudut rumah diletakkan kamera pengawasan dan pintu diletakkan kunci digital yang hanya boleh dibuka oleh Aiman.

Saat ini Alisa sudah didera sebegitu teruk oleh Aiman. Dengar sahaja derapan kaki Aiman, Alisa akan menggigil ketakutan.

Semasa Alisa sudah hampir mahu melahirkan anak, Alisa hanya tinggal kulit dan tulang sahaja.

Pada waktu inilah, Khaleesa yang kononnya sudah mati muncul semula. Khaleesa kembali semula kepada Aiman dan apabila mengetahui akan kehadiran Alisa, Khaleesa berasa marah kepada Aiman.

Demi memujuk Khaleesa, Aiman berkata yang Alisa dan kandungannya akan diuruskan.

Mereka berdua berbincang rancangan bagaimana mana mahu menghapuskan Alisa di depan muka Alisa.

Sedihnya hati Alisa bila orang yang dicintai mengucap kata-kata yang sangat kejam.

Namun begitu, Alisa merasa yang Khlaeesa sangat baik hati kerana Khaleesa mahu menyelamatkan anak di dalam kandungan Alisa.

Mulanya, Alisa berasa bersyukur kerana dia masih boleh melahirkan anaknya tetapi setelah anak itu berjaya dilahirkan, Khaleesa memberitahu sesuatu yang membuatkan bulu romanya meremang.

“Jangan risau, lepas ni kau akan bebas.” Khaleesa berkata sambil tersenyum manis, “Nanti anak ni akan panggil aku ‘ibu’. Aku akan layan anak ni macam anak aku sendiri. Tapi kau tahu kenapa muka kita dua serupa? Sebab kita berdua kembar seiras.”

Mendengar ini Alisa sungguh terkejut.

“Keluarga kita ada kepercayaan karut yang mana kalau kembar perempuan, akan ada bala datang jadi salah seorang mesti dibuang daripada keluarga kita. Kalau aku tak sengaja jumpa kau, aku pun takkan tahu aku ada kembar.”

“Tak sangka Aiman mampu berjumpa dengan kau dan kau masuk dalam perangkap Aiman. Aku sakit, sakit ni buat aku tak boleh mengandung dan kehadiran kau bagi aku harapan. Aku tunggu sampai kau mengandung dan lahirkan anak Aiman. Sekarang kegunaan kau dah habis.”

“Jadi saudara kembarku, aku dah jelaskan semuanya pada kau sebelum kau mati, supaya kau tak mati dalam kekeliruan.”

Alisa mahu tanya kenapa tetapi dia tak mampu mengeluarkan apa-apa suara.

Khaleesa berkata lagi, “Sekarang kau bole pergi dengan hati yang tenang. Aku akan besarkan anak kau dengan baik.” Khaleesa melihat Alisa, tersenyum penuh bangga.

Alisa menutup matanya dengan hati yang tak rela.

Kenapa?

Kenapa kau berdua layan aku dengan sangat kejam? Apakah kewujudan aku ini tidak bermakna apa-apa? Adakah aku ini bukan manusia yang ada hak pada hidup aku? Kenapa aku perlu terseksa akan ketaksuban seseorang?

***

Di satu dewan, satu sidang media pelancaran sedang dilangsungkan. Di stand pameran terpampang pelancaran ini adalah untuk satu buku bertajuk ‘Suamiku Abnormal’ yang ditulis oleh Alisa.

Alisa kelihatannya sedang menjawab soalan-soalan daripada para media.

“Cik Alisa, betul ke cerita yang cik tulis ni berdasarkan kisah benar?”

Alisa yang memegang mikrofon menjawab pertanyaan salah seorang wartawan itu, “Hampir. Macam mana nak cakap, pokok cerita ni memang kisah benar tapi saya ubah separuh jalan. Mereka yang dah baca sinopsis cerita ni pasti tahu kan cerita ni berakhir dengan tragedi.”

“Dengar kata si isteri dalam cerita ni adalah cik Alisa sendiri, boleh cik Alisa jawab?”

“Maaf, identiti sebenar si isteri dalam buku ini adalah rahsia bagi menjaga privasinya.” Jawab Alisa.

“Jadi kenapa cik Alisa tukar jalan cerita pada buku ni menjadi tragedi ya?”

“Sebenarnya, ini juga ada kaitan dengan tujuan sebenar buku ni ditulis. Buku ini sebenarnya jawapan kepada si suami dalam buku ni tentang kenapa walaupun si isteri memaafkan si suami untuk semua hal yang si suami dah buat tetapi bila si suami ajak rujuk semula si isteri tak mahu.” jelas Alisa. “Bila si suami baca buku ini dia akan faham kenapa si isteri tak mahu bersama semula.”

“Si isteri pada awalnya memang dah berserah pada keadaan, tetapi satu mimpi menyedarkan dia. Apa yang berlaku dalam buku ni lah apa yang si isteri mimpikan yang membuatkan dia tekat mahu melepaskan diri dari ketaksuban si suami.”

Melihat tepat ke skrin kamera, Alisa berkata, “Nampak macam mustahil tapi inilah hakikat sebenar. Diharap, si suami dalam buku ini faham, sudah tiba masa untuk melepaskan segala-galanya.”

Melalui rakaman siaran langsung di internet, Aiman sedang menonton sidang media pelancaran buku Alisa mengunakan tabletnya.

Di skrin, Aiman mengusap wajah Alisa, penuh kekesalan.

Aiman terselamat dari kemalangan kereta itu tetapi kaki kanannya mengalami sedikit kecacatan dan dia perlu berjalan menggunakan tongkat.

Sementara Aiman terlantar di hospital, Alisa masih meneruskan penceraian mereka. Walaupun tidak rela, dia bercerai juga dengan Alisa.

Macam cara Aiman guna memujuk Alisa untuk rujuk semula tapi Alisa menolak.

Satu salinan buku tulisan Alisa itu, Alisa berikan pada dirinya dan isinya sudah habis Aiman baca.

Betul kata Alisa, nampak mustahil tapi itulah hakikat. Tidak mustahil untuk dirinya buat apa yang tertulis di dalam buku itu.

Andai kata Alisa tidak memperdaya Aiman, dia akan terus menyeksa Alisa dan bila masa Khaleesa kembali, dia sudah pasti akan membuang Alisa dan kembali pada Khaleesa.

Aiman mengeluh.

Kalau lah dia tidak tersalah kenal orang, adakah kita berdua akan bahagia bersama?

Namun, dalam dunia ini tidak ada 'kalau'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience