Bab 39: Jumpa

Action Completed 24247

“Ha, ada apa?”

Suara kakaknya yang acuh tak acuh membuatkan Azim terasa sangat marah. Beberapa hari ini dia banyak kali menelefon kakaknya Alisa meminta wang tetapi ditolak. Mungkin betul kata ibunya yang Alisa sudah berubah, tidak berhati perut langsung.

“Kakak, dah lama Azim tak jumpa akak. Bila akak senang? Azim nak ajak akak keluar makan.” Kata Azim.

Mendengar kata-kata Azim, Alisa berasa pelik, “Kenapa tiba-tiba nak ajak akak keluar makan ni?”

Alisa kenal sangat akan perangai adiknya ini yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa mereka sehingga bila dia terjebak dengan perjudian, Azim ini tetap tidak diberi pelajaran malah dibiarkan dan diikuti kehendaknya.

“Ala kak…. Sekali-sekala tak akan lah pelik sangat. Saja nak ajak akan keluar. Dah lama tak jumpa akak.” Jawab Azim.

Pada Alisa ini sememangnya pelik tapi dia tidak berkata tentang kepelikkan itu, “Dekat mana nak jumpa?”

Azim berasa lega yang Alisa bersetuju untuk keluar berjumpa dengannya. Dia pun memberitahu tempat perjumpaan dan menamatkan panggilan dengan badanya dibasahi peluh.

Keesokan harinya, Alisa menghantar satu mesej ke Aiman yang hari ini dia tidak akan hantar bekal untuk makan tengah hari kemudian bergerak ke tempat yang Azim berikan kepadanya.

Di satu restoran, Azim sudah pun menunggu Alisa di salah satu bilik khas yang telah ditempah dulu.

“Kakak.” Sapa Azim kepada Alisa.

Alisa memerhatikan Azim dan terperasan adiknya itu memakai sarung tangan hitam di tangannya lalu bertanya, “Sejak bila kamu suka pakai sarung tangan ni?”

Azim sedikit terkejut dengan pertanyaan itu, “Tak ada apa-apalah kak. Saja je. Orang kata nampak hebat pakai macam ni jadi Azim cuba-cuba je.”

Selepas itu, Azim mendekatkan sedikit gelas air yang terletak di hadapan Alisa dan mengesa Alisa untuk minum, “Nak kak, air kegemaran akak, Azim dah pesan untuk akak. Minum lah dulu kak sebelum pesan makanan.”

Alisa memandang tajam ke arah Azim, “Bukan main baik kamu hari ni. Dah orang tebiat ke apa?”

Azim sedikit cemas tetapi cepat-cepat menutup kecemasannya, “Ala akak… Azim selalu marah-marah akak, Azim cuba nak buat baik sikit tak salah kan.”

“Ada-ada sajalah kamu ni.” Alisa pun mneyedut minuman di hadapannya sambil matanya terlihat akan Azim yang kelihatan kecemasan di matanya, merenung tajam ke gelas minuman Alisa.

Tiba-tiba Alisa tersentak dan berkata, “Eh, apa tu?” sambil menunjuk ke arah belakang Azim.

“Apa? Apa?” Azim memandang ke belakangnya.

“Owh, ingatkan ada lipas tadi, cuma perhiasan kedai je. Terkejut akak.” Kata Alisa.

Bila Azim memandang semula ke arah Alisa, kelihatan Alisa sudah minum hampir separuh airnya dan dia tidak dapat menahan dirinya dari menunjukkan wajah yang lega.

“Mari kak tengok apa yang akak nak makan.” kata Azim.

Alisa pun melihat ke menu yang tersedia namun lama kelamaan matanya terasa berat dan akhirnya Alisa terbaring di atas meja.

Azim yang melihat kakaknya terbaring itu cuba memanggil nama kakaknya tetapi tidak berjawab bermakna Alisa sudah pun tidak sedarkan diri.

Kemudian dengan pantas Azim mendial satu nombor dan tidak lama kemudian, beberapa orang datang dan membawa Alisa pergi dari tempat itu.

“Ke mana mahu bawa dia?” tanya Azim.

“Kau tak perlu tahu. Tunggu saja habuan kau.” Kata salah seorang dari mereka yang kemudiannya berlalu pergi.

Saat itu satu mesej masuk di telefonnya yang menunjukkan duit sejumlah 1 juta masuk ke dalam akuannya. Azim yang tadinya cemas dengan apa yang dia lakukan kepada Alisa hilang sama sekali apabila melihat duit yang banyak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience