BAB 46

Romance Completed 20340

Ketika mereka dalam kereta ingin pulang ke rumah. Kila memandang Amer yang sedang memandu. " Kenapa pandang I macam tu ? ". Kila mengecilkan matanya. " Pandai eh buat plan semua ni. Tak pernah-pernah sweet macam ni skali ". Amer senyum nakal. " Eh I memang hari-hari sweet dengan you. So, dah ready nak jadi wife ? ". Usik Amer.

" Of course dah ready ". Jelas Kila dengan yakin sambil membelek cincin di jari manis. " Eee gatal! ". Kila menepuk lengan Amer. Amer mengaduh manja dengan mengusap lengannya. " Padan mukaa! ". Ejek Kila sambil menjelirkan lidahnya pada Amer. Werkk!

Kila melambai Amer dan masuk ke dalam rumah. " Amboi, banyaknya dapat bunga. Siapa bagi tu ? ". Encik Badrul terkejut melihat Kila membawa sejambak bunga ros yang diterima di Kolej tadi. Kila mendekatkan diri kedua orang tuanya. " Ayah, Ibu. Ni Amer yang bagi ". Terang Kila. " Ohh patutlah happy semacam masuk rumah hari ni ". Cik Salmah mencelah.

Tadaa! Kila menunjuk cincin lamarannya. " What ? Betul ke ni Kila ? ". Kila mengangguk iye bahawa Amer melamar dia di Kolej. " Yess! Amer dah lama Kila tadi. Malu ya amat! ". Jawab Kila dengan tersengeh. " Alhamdulilmah. Tak lama lagi kita timang menantu. Bila Amer nak datang merisik ? ". Tanya Encik Badrul dengan gembira.

" Amer tak cakap pulak pasal merisik ni. Tak apalah, nanti Kila tanya Amer sendiri ". Beritahu Kila pada kedua orang tuanya. " Kila nak tengok cincin tu ". Kila menghulur tangan kirinya pada Cik Salmah. " Ya Allah, cantiknya. Berkilau-kilau berliannya ". Kata Cik Salmah sambil membelek cincin di jari manis Kila.

Encik Badrul dan Cik Salmah gembira melihat anak tunggalnya ingin menamatkan zaman bujang. Alhamdulillah! Kila bangun dari tempatnya. Kila membawa sejambak bunga ros itu masuk ke dalam bilik.

Kila menutup pintu. Berpusing-pusing Kila bau bunga ros itu. Tersengeh-sengeh dia. Kila mengambil pasu kosong dan mengisi air sedikit lalu meletakkan bunga ros itu ke dalamnya di atas meja soleknya. Kila duduk melihat wajahnya di pantulan cermin miliknya.

Kila membelek cincin di jari manis. " Betul ke tak lama lagi aku nak kahwin ni ? Tak sangka aku nak kahwin dengan playboy macam Amer tu. Sayangnya aku kat dia. Terima kasih Allah ". Kila tersenyum keseorangan serta mencium cincin itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience