BAB 65

Romance Completed 20340

" Rindunya aku kat kau wehh. Nasib baiklah laki kau bagi kau keluar dengan aku ". Kata Hana pada Kila. " Tulah. Nasib je ni. Tapi lepas ni tak ada dah nak keluar. Sebab aku dah sarat dah ni. Tinggal tunggu hari je ni aku nak bersalin ". Beritahu Kila pada Hana. Hana tersenyum. " Tak lama lagi aku nak jadi Aunty dah. Tak sabar nak tunggu baby kau ". Hana mengusap-usap perut Kila.

" Eh dah dah, biar aku bawak barang kau ni. Kesian kau nak bawak barang berat-berat ". Hana merampas beberapa beg plastik dari tangan Kila. " Eh tak apalah. Aku larat lagi ni ". Tetapi Hana mengabaikan kata-kata Kila. Hana membawa beg plastik yang berisi barang bakal anak Kila dan Amer.

Sedang mereka berjalan mahu pulang ke rumah. " Eh Hana, aku lupa nak bagitau kau. Amer suruh bagitau dia nanti dah balik shopping call dia, nanti dia amik ". Terang Kila pada Hana. Hana mengangguk faham. " Ohh, kalau macam tu. Kau mesejlah dia. Kita tunggu dia kat Cafe depan tu ". Hana memuncungkan mulutnya menunjuk sebuah Cafe yang tidak jauh dari mereka.

Kila menaip sesuatu di screen telefonnya. Kila khayal menaip mesej untuk Amer. Tinnnnnn! Kila menoleh ke arah sebuah kereta yang cuba melanggarnya. Kila mengelakkan diri sehingga jatuh terduduk di tepi jalan. " Kila! Ya Allah Kila. Macam mana boleh jadi macam ni ?! ". Hana yang di hadapan Kila berlari ke arah Kila. Terlihat banyak darah yang mengalir dari kaki Kila.

" Perut aku sakit sangat ni, Hana. Hana tolong aku ". Kila memegang perutnya dan menahan kesakitan yang dia hadapi. Hana mengangkat Kila menuju ke keretanya dan terus menuju ke Hospital. " Hello Amer, aku ni Hana. Aku kat Hospital ni. Kila dah nak bersalin. Cepat datang ". Hana menelefon Amer yang sedang bekerja di pejabat. Amer bergegas pergi ke Hospital tersebut.

Amer sudah tiba di Hospital bersama keluarganya dan keluarga mertuanya. " Macam mana dengan Kila ? ". Tanya Amer pada Hana. " Aku tak tahu. Aku dengar kereta hon dekat Kila. Aku toleh belakang, aku nampak Kila dah terduduk kat tepi jalan ". Terang Hana pada Amer. Amer mengerutkan dahinya. " Kereta ? kereta apa ? Driver tu lelaki ke perempuan ? Kau dapat nombor flat dia ? ". Tanya Amer dengan bertubi-tubi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience