BAB 33

Romance Completed 20340

" Eh Daniel, mana boyfriend aku ? ". Seorang gadis yang cantik, sexy dan badan yang langsing menerjah perbualan Daniel dan Shafiq di sebuah Cafe. " Eh kau ni, bagi salam tak tertiba datang cari boyfriend kau ". Kata Shafiq pada Nadia. " Sorry, aku tak cakap dengan kau. Aku cakap dengan Daniel. Daniel, mana Amer ? ". Balas Nadia pada Daniel.

Daniel seperti malas ingin melayan kerenah wanita itu. " Tu boyfriend kau kan ? Pergilah cari sendiri. Kitorang yang kawan dia ni pun tak tahu dia kat mana ". Terang Daniel pada Nadia. " Kawan sendiri pun tak tahu kat mana. Why dia tak datang class 2, 3 hari ni ? ". Tegas Nadia pada mereka. " Aku call dia pun tak dapat. Aku sendiri tak tahu dia kat mana. Lagi kau nak tanya kenapa dia tak datang class ". Shafiq mengelak dengan kata-kata Daniel. Nadia memandang mereka dengan tidak puas hati. " Eee korang ni. Tak boleh diharapkan langsung! ". Nadia melangkah lalu pergi meninggalkan mereka.

Beberapa kali Nadia cuba menelefon pujaan hatinya. Tetapi Amer tidak mengangkat panggilan wanita itu. Amer malas hendak melayan bebelan Nadia. Sejak dari dulu lagi Amer tidak mempunyai hati dengan mana-mana perempuan termasuk Nadia. Amer hanya ada hati pada Kila seorang sahaja.

" Mana pulak dia ni ?! Tak reti nak angkat call aku ke ". Nadia cuba menelefon Amer lagi. Amer rimas telefonnya berdering dari tadi. Amer mengangkat panggilan Nadia. " Haa finally. Angkat pun ". Jawab Nadia. " You nak apa lagi Nadia ? Dari tadi call I je ". Cakap Amer dengan Malas. " I miss you so muchhh, Darling. You pergi mana tak datang class 2, 3 hari ni. Risau I dekat you ". Amer ingin sahaja muntah mendengar kata-kata Nadia.

" Tak payah nak risau sangatlah. Dahlah Nadia. I banyak kerja. Bye ". Amer memutuskan talian mereka. Nadia tidak sempat berkata apa-apa, Amer sudah mematikan talian. " Eee si playboy ni. Susah sangat nak lekat dengan aku. Jangan harap kau nak lari dari aku ye Amer ". Nadia berkata berseorang diri sambil menatap telefonnya.

Amer yang berada di kedai telefon untuk menghadiahkan Kila telefon bimbit yang baru. Ia berharga mahal dan canggih sekali. Amer menuju ke rumah Kila. Amer berborak bersama Kila di luar halaman rumahnya. Amer dan Kila duduk di sebuah pondok yang berdekatan dengan kolam renang.

" Eh you apa tu ? ". Amer menunjuk jari telunjuknya ke arah pokok itu. Kila memusingkan kepalanya untuk melihat pokok itu. " Haa apa you ni ? I tak nampak apa-apa pun ". Kila terus menoleh ke arah Amer. " Tada.. ". Sebentuk kotak Iphone di hadapan Kila. Cantik kotak itu berada di atas meja mereka. " You.. apa ni ? Iphone ? ". Kila seperti tidak percaya. ' Betul ke dia yang belikan ni ? ' bisik hati Kila.

Amer tersenyum melihat reaksi wajah Kila. " Iyee Iphone. I belikan untuk you. Masa you dekat Hospital. Ibu you dah cerita semuanya yang you pecahkan telefon you sebab marah sangat kat I. Tu yang I belikan telefon ni untuk you. Suka tak ? ". Muka Kila merah padam. " Thank you, Amer. Of course I suka ". Balas Kila sambil tersenyum.

" Eh wait. I nak you kejam mata you ". Kila mengerutkan dahinya. " Alaa you. Apa pulak kali ni ? ". Kila merungut. " Please sayang. Kejam mata you. Sekejap je ". Pujuk Amer pada Kila. Kila ikut saja kehendak Amer. Kila memejamkan matanya. " Open your eyes ". Amer bersuara. Kila membuka kedua matanya. Terlihat Amer memegang kunci kereta Kila.

" Oh My God, Amer! Kunci kereta I ke ni ? Mana kereta I ? ". Kila melonjak gembira melihat kunci keretanya. " Eh amboi, tak menyabar. Kereta you dah siap. Ada kat bengkel lagi. Nanti petang I amik kereta you. You jangan nak mengada nak keluar rumah. You tak sihat sepenuhnya, tau! ". Tegas Amer. Kila hanya mengeluh dan mengikut arahan Amer. Ingat aku ni apa nak ikut kepala dia je! Geram hati Kila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience