BAB 7

Romance Completed 20340

Amer yang baring di atas tilam melihat pada screen telefon. ' Nak call ke tak ? Kalau call, nanti dia maki aku pulak. Kalau tak call... Haa sudahlah! Call jelah ' Amer terus menelefon Kila pada malam itu. Kila yang sedang mengulang kaji mendapat panggilan dari Amer. Terpapar pada screen telefon Kila ' PLAYBOY '.

' Haih nak apalah si playboy ni call malam malam ni. Aku nak study pun susah ' Kila mencapai telefonnya lalu mematikan panggilan Amer. Dalam beberapa minit, telefonnya berdering lagi. Kila mengangkat panggilan itu. " You nak apa Amer call I malam malam ni ? " Tanya marah Kila kepada Amer. Amer melihat screen telefonnya ' Aku salah call orang ke ni ? ' Pelik Amer. " Eh you ni, I tak sempat hello bagi salam belum apa apa lagi dah kena marah ni. You ni janganlah garang sangat. Patutlah tak ada boy yang nak dekat dengan you ". Kila hanya mengerutkan dahinya mendengar kata kata Amer.

" You tak payah nak merepek malam malam buta ni, boleh tak ? Cakap jelah you nak apa ? ". Tanya Kila dengan nada yang tinggi sedikit. Amer hanya menggeleng dengan kelakuan Kila. " I na.. na.. nak tanya ni, esok class you start pukul berapa ? " . Amer bertanya dengan gagap. " Esok class I start pukul 10, why ? ". Jawab Kila sambil mengemas bukunya di atas meja.

Amer menarik nafas dan menghembuskan dengan perlahan. " Oh really ? by the way, class I pun start pukul 10. I ingat nak amik you dekat rumah, tak apa kan ? ". Tanya Amer dengan nada perlahan takut perlawaannya tidak diterima oleh Kila. " You ni dah gila ke apa nak amik I dekat rumah ? nanti ibu ayah I ingat you ni siapa pulak. Haishh tak naklah I. I boleh drive sendiri. You tak payah amik I dekat rumah ". Jawab Kila dengan selamba.

' Aduhh! dia ni. Nak amik pergi class pun susah. Bagilah chance sikit ' Amer mencebik mulutnya. " You ni, bagilah I chance amik you kat rumah. I promise, I akan datang awal sebelum pukul 10 I dah ada dekat depan rumah you. Hari ni je. Trust me please ".

Kila berasa serba salah untuk menolak permintaan si playboy tu. " Haihh dia ni. Ok fine! Esok pukul 9 tepat you mesti dah ada dekat depan rumah I. You lambat, jangan harap I nak tegur you lepas ni ". Amer melonjakkan kegembiraan kerana Kila sudi pergi ke Kolej bersama Amer. Yes! " Ok I promise pukul 9 I dah dekat depan rumah you. See you tomorrow! Bye sayang! ". Amer mematikan panggilan mereka.

Kila meletakkan telefonnya di atas meja yang berdekatan dengan katilnya. Lalu mematikan lampu dan melelapkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience