BAB 45

Romance Completed 20340

Dalam pukul 2 petang Daniel dan Shafiq berjumpa Amer di perpustakaan. Mereka membawa bunga ros sebanyak 10 tangkai. " Nahh! Kau nak buat apa dengan bunga ni ? ". Tanya Daniel sambil membelek bunga ros itu.

" Ok good. Aku nak korang bagi dekat siapa-siapa je dalam Kolej ni yang kenal Kila je tau. Tak kisahlah boy ke girl. Tapi aku tak nak korang bagi dekat Nadia tak guna tu. Tepat pukul 3 suruh dorang bagi bunga ros tu kat Kila. Faham ? ". Mereka lagi pelik dengan kata-kata Amer. Tak tahu Amer ingin melakukan apa sebenarnya. Mereka hanya mengikut arahan Amer.

Mereka bagi kepada pelajar dan pensyarah (lecturer) yang kenal Kila. Shafiq dan Daniel memesan mereka jika jam tepat pukul 3, beri pada Kila. Mereka menunggu jam pukul 3 petang. Habis sahaja kelas Kila, Kila keluar melangkah dan berjalan berseorangan.

Sorang demi sorang datang kepada Kila dan memberi bunga ros. Setiap Kila berjalan, Kila akan menerima setangkai bunga ros dari pelajar dan pensyarah. Cukup sahaja 10 tangkai bunga ros. Kila! Terdengar seseorang menjerit nama Kila di belakang yang tidak jauh dari Kila. Terlihat susuk badan yang tegap iaitu Amer Lufis.

Kila berjalan menuju ke Amer dengan langkah yang perlahan. " I dah buat macam-macam untuk you, Kila. I dah tak nampak siapa dah sekarang ni. I nampak you sorang je. You dah bukak mata I untuk terima segala-galanya. You dah ajar I erti cinta. You dah bukak hati I untuk terima wanita macam you. You are my everything ". Kelakuan mereka diperhatikan oleh pelajar dan pensyarah yang berada di sekeliling mereka.

Amer memanjat naik ke bangku. " Kila! I Love Youuu! ". Amer menjerit dengan sekuat hati. Kila menarik tangan Amer. " Amer! What are you doing ? Eee malulah orang tengok. Turunlahh Amer ". Kila menarik tangan Amer. Amer turun dari bangku itu.

" Kila Maira binti Badrul, will you marry me ? ". Amer melutut dan membuka kotak kecil yang berisi sebentuk cincin yang cantik. Kila seperti dalam alam mimpi dan tidak percaya. Kila menangis terharu dengan Amer. Kila mengangguk dan menerima lamaran Amer. Amer bangun dan mengelapkan air mata Kila. Amer menyarung cincin itu ke jari manis Kila. Orang yang berada di sekeliling mereka menepuk tangan melihat lamaran Amer terhadap Kila.

Hana datang memeluk Kila. " Congrats Kila! ". Kila memeluk Hana dengan erat. Daniel dan Shafiq datang pada Amer. " Ohh patutlah yeyek sangat suruh buat semua ni. Rupanya nak propose Kila. Congrats Bro! ". Daniel memeluk Amer. Shafiq menepuk bahu. Mereka gembira melihat kawan yang ingin menamatkan zaman bujang. Terlihat Nadia yang tidak jauh dari mereka menyampah dengan kelakuan mereka. Nadia beredar dari tempat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience