BAB 53

Romance Completed 20340

Amer melangkah masuk ke dalam masjid yang agak besar. Amer melihat ramainya orang dan jurugambar menunggu ketibaan mereka. DupDapDupDap! Terasa debarannya. Amer duduk berhadapan Tok Kadi. Mereka semua menunggu ketibaan Kila.

Kila memimpin tangan Cik Salmah. Mereka sekeluarga masuk ke dalam masjid itu. Hantaran Kila dibawa oleh kawan-kawannya. Mereka mengekori Kila dari belakang. ' Ya Allah, cantiknya wanita yang aku pernah lihat. Inikah wanita yang bakal jadi isteri aku ? Allahu ' Bisik hati Amer serta senyum pada Kila.

Kila duduk bersebelahan Cik Salmah dan Puan Sri Lina. Kila membalas senyum Amer dengan manis. Amer berpaling muka dengan Tok Kadi. Amer menarik nafas sedalam-dalamnya. " Semua dah sedia ? ". Tanya Tok Kadi itu yang dalam lingkungan 50-an. Mereka yang berada di belakang Tok Kadi mengangguk iya menandakan sudah sedia.

Tok Kadi menadah tangan dan Amer menyambut tangan Tok Kadi itu. " Bismillahhirahmannirahim, Amer Lufis Bin Tan Sri Yusuf ? ". Amer melihat kedua mata Tok Kadi dan menjawab " Saya ".

" Aku nikahkan kau dengan Kila Maira Binti Badrul dengan maskahwin sebanyak RM5000 tunai ". Terasa goncangan tangan Amer dari Tok Kadi. Amer menarik nafas dengan pelahan. " Aku terima nikahnya Kila Maira Binti Badrul dengan maskahwin sebanyak RM5000 tunai ". Hanya sekali lafaz akad nikah dari Amer.

Saksi yang berada di sisi Tok Kadi mengatakan " Sah! ". Alhamdulillah, mereka sah bergelar menjadi suami isteri. Mengalir air mata Kila kerana bersyukur ya amat dengan Allah. Terlihat petikan lampu yang melilau dari jurugambar yang mengambil gambar.

Mereka yang berada dalam majlis nikah itu berdoa dan mengaminkan atas perkahwinan pasangan pengantin baru itu. Amer bangun mendekatkan dirinya. Amer duduk berhadapan dengan Kila. Amer mencapai tangan Kila. Amer menyarung cincin nikah di jari manis Kila dengan lemah lembut.

Kila menyalam tangan suaminya. Amer membalas dengan ciuman di dahi Kila. Amer mengelap air mata Kila yang mengalir dipipi. Mereka berdua menyalam kedua orang tuanya. Kila mencium kedua pipi Cik Salmah dan Puan Sri Lina. Amer memeluk Tan Sri Yusuf dan Encik Badrul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience