BAB 4

Romance Completed 20340

Kila yang baru sahaja habis kelas melihat jam tangannya menunjukkan pukul 2 petang. Sedang Kila berjalan menuju ke perpustakaan, langkahnya terhenti melihat Amer yang memerhatinya dari tadi. Amer menunjukkan 3 jari kepada Kila menandakan syarat bahawa mereka ada pertemuan pada pukul 3 petang di tempat cafe tersebut. Kila mengecilkan kedua matanya memandang ke arah Amer sambil menghentak kaki kanannya sedikit. Kelakuan Kila membuatkan Amer tertawa kecil.

' Aku dah agak dah playboy tu punya kerja malam tadi. Eee main kasar betullah dia ni ' . Kata hati Kila dengan melangkah masuk ke dalam perpustakaan. " Hana Farisa! What are you doinggggg haa ?! ". Hana yang sedang membaca buku terkejut melihat kelakuan Kila. " Kau ni kenapa ? Datang datang tak bagi salam tiba tiba serbu orang ni. Terkejut aku ". Jawab Hana sambil mengusap dadanya.

" Hana.. Jangan buat tak tahu eh. Kau yang bagi number telefon aku kat playboy tak guna tu kan ? Ngaku cepat! ". Tanya Kila dengan geram. " Aaa.. aa aku bagi number telefon je. Aku memang tak nak bagi pun tapi dia yang pujuk aku sebab nak kenal kau sangat ". Jawab Hana dengan tergagap.

Papp! Kila menepuk dahi. " Wahai Hana Intan Payung Ku Mas Ayu cantik lagi menawan ni, kenapalah kau pergi makan sangat dengan pujuk dia tu ?! Tak pasal pasal aku kena jumpa dia petang ni, tahu takk! ". Marah Kila terhadap Hana. Hana membulatkan kedua matanya. " what ?! maigodddd Kila! Untungnya kau dapat jumpa si kacak tu. Kalau aku jadi kau, sumpah mak tak curang naa! ". Hana mengangkat tangan kanannya.

" Kalau kau nak sangat jumpa dia, pergilah jumpa. Tak hingin aku nak jumpa si playboy tu. Kau bolehlah cakap tak curang dengan dia, dia je yang curang dengan kau nanti. Haa padanlah muka kau! ". Kila melepaskan tidak puas hati kepada Hana. " Tak adalah. Aku tak nak pun laki playboy, Aku nak laki yang setia tapi make sure handsome lah ". Hana mengelipkan kedua matanya.

Toinkk! Kila menonjol dahi Hana yang jendol itu. " Berangan punya minahhh! Carilah laki handsome kau tu sampai dapat! Asalkan kau bahagia~ ". Kila yang melihat kawannya mengusap dahi lalu pergi meninggalkan Hana. ' Aduh, sakit dahi aku dibuatnya! Kasar betullah dia ni ' bisik hati Hana. Hana kenal akan kawannya Kila kelakuan kasar sebegitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience