BAB 28

Romance Completed 20340

Amer yang baru sahaja lepas menunaikan solat isyak. Mengemaskan sedikit rambutnya. Hati Amer berasa sedih dan rindu akan Kila. Amer menangis dan menangis. Knock! Knockk! Kedengaran pintu Amer diketuk. " Amer, boleh Mummy masuk ? ". Ehem! Amer berdehem supaya suaranya tidak begitu serak.

" Yes mummy. Masuklah ". Amer melapkan sedikit air matanya. " Amer, jom makan. Mummy dah sediakan makanan kat bawah. Daddy semua dah tunggu kat bawah. Jom sayang ". Ajak Puan Sri Lina pada Amer untuk makan malam. " Tak apa lah. Mummy, Daddy dengan Kak Wa pergilah makan dulu. Amer dah makan kat luar tadi. Lagipun Amer kenyang lagi ni ". Puan Sri Lina melabuhkan punggungnya sebelah Amer.

Puan Sri Lina memandang mata Amer dengan dalam. " Kenapa dengan anak mummy ? Ada problem ke ? Tak nak share dengan mummy ? ". Tanya Puan Sri Lina dengan lembut. " Eh taklah, Mummy. Amer ok je ni. Maybe penat sikit ". Balas Amer dengan senyum.

" Kenapa kawan Amer accident ? Kawan Amer yang mana ni ? ". Pertanyaan Puan Sri Lina membuatkan riak wajah Amer berubah. " Ka..Kawan Kolej Amer yang accident. Dia accident sebab tak perasan lampu merah ". Jawab Amer dengan gementar. " Ohh, sebab apa dia tak perasan lampu merah ? Drive sambil main fone ke ? Or sebab lain ? ". Amer semakin cuak.

Amer menahan air matanya. Amer senyum pada Mummynya. " Amer tak sure lah, Mummy. Maybe drive sambil main fone kot ". Puan Sri Lina hanya senyum mendengar jawapan Amer. Amer diam tidak berkata apa-apa. " Amer, Mummy kenal anak Mummy macam mana. Riak wajah Amer pun Mummy dah tahu yang Amer ada problem, right ? ". Beritahu Puan Sri Lina. Kuatnya naluri seorang Ibu terhadap anak dan keluarga.

Amer mengusap mukanya dengan kedua tangannya. Tidak lama kemudian, Amer tidak boleh tahan simpan sedih dalam hati dia. Amer melepaskan raung sedih depan Puan Sri Lina. " Sayang.. Mummy ada salah cakap ke ? Amer kenapa ni ? Shttt shutt.. Jangan nangis sayang. Kenapa ni ? Ok story dengan Mummy ". Puan Sri Lina memeluk Amer dengan erat. Risau dengan keadaan anaknya yang terlalu sedih. Puan Sri Lina mengusap belakang badan Amer.

Amer memegang tangan Mummynya. Amer melihat wajah Puan Sri Lina. " Mummy.. Kenapa Amer jahat sangat ? Kenapa Amer buat semua perempuan sakit hati dengan Amer ? Amer rasa bodoh sangat, Mummy ". Kata-kata Amer membuatkan Puan Sri Lina tidak faham. " What ? Amer kenapa cakap macam ni, Sayang ? Tak semua perempuan Amer buat sakit hati dekat Amer. Mummy tak rasa sakit hati pun dekat Amer. Why sayang ? Story slow-slow dekat Mummy ". Cakap Puan Sri Lina membuatkan hati Amer lega sedikit.

Amer menarik nafas dengan pelahan. " Mummy, to be honest. Mummy dengan Daddy je kenal Amer ni macam mana, seorang yang playboy. Ramai sangat Amer dah sakitkan hati perempuan. Allah dah balas semuanya dekat Amer. Amer buat wanita yang Amer sayang sangat-sangat benci kat Amer ". Terang Amer pada Puan Sri Lina.

" Boleh Mummy tahu siapa wanita yang Amer maksudkan tu ? ". Amer memegang dengan erat tangan Puan Sri Lina. " Kila. Nama dia Kila. Kawan yang Amer maksudkan accident tadi actually Kila. Sebab Amer jugak dia accident. Amer kejar dia dari belakang sebab nak jelaskan salah Amer kat dia. Tapi dia lari and tak perasan lampu merah, dia berlanggar dengan lori. Amer rasa bersalah sangat-sangat, Mummy. Amer buntu ". Cerita Amer pada Mummynya. Amer melepaskan tangannya.

" Astaghfirullahalazim. Amer buat apa sampai macm ni, Sayang ? ". Puan Sri Lina mengusap dadanya apabila mendengar cerita dari anaknya sendiri. " Amer kena cabar amik hati Kila selama sebulan dari Daniel dengan Shafiq. Tapi Amer tak sanggup sebab Amer dah mulakan sayang Kila. Selama Amer kenal semua perempuan kat luar, Amer nampak Kila je sekarang ni. Kila yang sedarkan Amer erti cinta. Amer menyesal sangat-sangat, Mummy ". Terang Amer dengan menangis yang teresak-esak.

Puan Sri Lina sedih melihat Amer sebegitu. Dia memeluk anaknya. " Amer, jangan nangis sayang. Sabar ok. Esok kita pergi tengok Kila. Amer doa banyak-banyak. Semoga Kila sihat dan buka hati untuk Amer, insyallah ". Hati Amer rasa sedikit lega dengan kata-kata Mummynya. " Insyallah. Terima Kasih, Mummy ". Amer tersenyum. " Dah, tak mohlah nangis. Tak handsome dah anak Mummy ni. Jomlah makan ". Amer tertawa kecil. Amer mengangguk serta membalas senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience