BAB 40

Romance Completed 20340

Amer dan Kamal bertemu di tempat biasa. Mereka bersalam antara satu sama lain. Kamal memberi satu dokumen tentang kandungan Nadia. Beberapa hari yang lepas, Nadia menjalankan rawatan tentang kandungannya di sebuat Klinik.

Kamal telah (photostate) slip kandungan Nadia dari Klinik itu. Terdapat bahawa Nadia mengandungkan anak Haziq. Lelaki yang bersama dia ketika di restoran sebelum ini. Memang benar Nadia tidak mengandungkan anak Amer. Amer melepaskan nafas leganya apabila dapat tahu Nadia tidak mengandungkan anak dia.

Amer mengambil slip (photostate) itu dari Kamal. Tugasan Kamal telah selesai. Amer memberi wang untuk Kamal. Mereka beredar dari tempat tersebut. Amer terus menuju pulang ke rumah.

Keesokan harinya, Amer seperti biasa menyambut Kila untuk pergi ke Kolej bersama. " Hai Amer ". Kila masuk ke dalam perut kereta Amer. Kila mencapai tali pinggang keledar (seat belt). Amer dari tadi memandang Kila. " Haa Amer ? Bila kita nak gerak ? ". Kila memandang ke hadapan. Amer masih merenung Kila. " Playboy! Berangan apa ni ? Dari tadi pandang I je ni ". Amer terbangun dari lamunannya.

" You ni pun, Asyik nak panggil I playboy je. Jadi playboy balik kang ". Amer terus memulakan memandu. " Ehh tak tak. Tak nak you jadi playboy. Err sorry. Habis tu nak I panggil apa ? ". Tanya Kila. " Panggillah I Sayang ke, Darling ke, My Sweetheart ke, Tak pun kan paling afdal panggillah I Abang. Boleh kan ? ". Muka Kila merah padam. Amer melihat muka Kila yang agak merah kerana malu. Amer tertawa nakal.

" Nak panggil Abang kena tunggu kahwinlah ". Amer memandang Kila. " What ? Apa tadi ? Ulang balik ? Macam terdengar pasal Kahwin ". Kila menutup mulutnya dengan tangan kirinya. ' Eee asallah aku cakap macam tu ?! Sengallah kau ni, Kila. Buat malu je hishh! ' Getus hati Kila. " Aaa...Apa ? Kahwin ? Tak adalah. You salah dengar ni. Eh dahlah, cepat. Nanti lambat pergi class kang ". Kila terus menukar topik untuk menutup bengang dia. Amer tersenyum dan terus memandu menuju ke Kolej.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience