BAB 58

Romance Completed 20340

Amer yang sedang khayal bermain telefon. Kila baring sebelah Amer. " You.. I rasakan, I nak cari kerjalah. Bolehkan ? ". Kila bersuara. Amer meletakkan telefonnya di meja sebelahnya. " Buat apa nak kerja ? Tak payahlah. I ni pun next week ni dah start kerja dengan Daddy. You duduk rumah je ". Jelas Amer pada Kila.

Kila mengeluh. " Esok kita last duduk rumah Daddy tau. Lusa nanti kita pindah. I dah beli rumah untuk kita ". Kila membulatkan matanya. " Pindah ? You tak bagitau pun. Make sure jangan jauh sangat dengan rumah ibu ayah and mummy daddy ". Amer mengerut dahinya. Banyak songeh betullah bini aku ni. Kata hati Amer.

" Iyeee sayang, tak jauh pun ". Amer merenung mata Kila. " Ok good. Dah I nak tidur. Good night ". Kila mencium pipi Amer. Kila memejamkan mata. " Eh ? itu je ? ". Kila mencelik. " Itu jelah. Dahlah, janganlah kacau I. I nak tidurlah ". Kila menutup mukanya dengan selimut tidak mahu dikacau oleh Amer.

Amer menarik perlahan selimut Kila. " Apa you ni ?! ". Rungut Kila. ' Matilah aku ' Gementar hati Kila takut di apa-apakan. " Amer mendekat mulutnya ke bibir Kila. Tangan Amer mencapai lampu di tepi katil mereka. Bilik automatik menjadi gelap gelita.

Pagi yang kebiruan gelap. Amer yang masih lena dalam mimpi. " You.. you.. bangunlah. Dah subuh ni. Jomlah solat jemaah skali ". Kila mengejut Amer. Amer yang dalam keadaan separuh bogel. Hanya memakai seluar pendek sahaja.

Amer mengeliat memeluk bantal masih tidak bangun dari tidurnya. ' Eh mamat ni. Susahnya nak bangun. Nak kena ni '. Kila menarik bulu kaki Amer. Aduhhh! Jerit Amer. " Eee sakitlah. Janganlah main bulu kaki. Sakit tahu tak ". Geram Amer. " Habistu ? Susah sangat nak bangun. I tarik jelah bulu kaki you tu. Dah! bangun cepat. Subuh ni. Tak bangun jugak. Tengoklah nanti I buat apa ". Ugut Kila pada Amer.

" Ishhh.. Iye iyeee. I bangunlah ni ". Amer bangun dari tempat tidurnya. Amer mengosok sedikit matanya yang agak susah untuk mencelik. Amer mengambil air wudhuk dan solat subuh berjemaah bersama isteri kesayangannya.Selesai sahaja mereka solat, Amer tumbang balik masuk tidur. Terlalu penat agaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience