BAB 56

Romance Completed 20340

" Ketibaan dua mempelai pasangan pengantin tiba masuk ke dewan. Diminta semua para hadirin di minta berdiri bagi menyambut pengantin ". Kedengaran dari luar dewan pengerusi majlis berucap bagi ketibaan Amer dan Kila.

Tangan kanan Kila memegang lengan Amer manakala tangan kirinya memegang bunga. Berdebar mereka masuk ke dalam dewan. Ramai orang melihat mereka berjalan di atas karpet merah.

Bagaikan seorang raja dan seorang permaisuri. Cantik dan bergaya mereka pada malam itu. Terlihat dua tiga jurugambar mengekori mereka untuk mengambil gambar. " Subhanallah, cantiknya Kila malam ni ". Kata Hana dengan gembira pada Sara dan Zila.

Amer dan Kila duduk di atas pelamin yang agak mewah. Pelamin yang dipenuhi bunga-bunga. Sepadannya mereka di atas pelamin itu. Selesai sahaja ibu bapa mereka menjalankan renjisan air mawar untuk mereka. Mereka turun untuk makan beradab bersama keluarga masing-masing.

Selesai sudah majlis persandingan mereka pada malam itu. Hana, Zila dan Sara memberi hadiah pada Amer dan Kila. " Bye Kila, jaga diri elok-elok. Dengar cakap husband. Kitorang sayang kau tau. Nanti free kita jumpa ok ". Sara memeluk Kila begitu jugak Zila dan Hana.

" Bye Amer. Jaga Kila elok-elok. Kalau aku tahu Kila sakit hati dengan kau ke nangis ke apa ke, aku cari kau tauu! ". Amaran Hana pada Amer. Amer tertawa kecil. " Insyallah, nanti free datang rumah. Jengok kitorang nanti ". Beritahu Amer pada mereka. Kila yang dari tadi memeluk menyalam kawan-kawannya.

Daniel dan Shafiq jugak begitu. Mereka menyalam dan memeluk Amer serta memberi hadiah pada Amer dan Kila. Hari sudah lewat malam, mereka pulang ke rumah. Sampai sudah mereka di rumah Tan Sri Yusuf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience