BAB 21

Romance Completed 20340

Seminggu Kila tidak pergi ke kelas. Kila masih kecewa dengan kelakuan Amer. Kila malu apabila Amer berkata begitu di hadapan rakannya. Beberapa panggilan Amer dan Hana tidak dijawab oleh Kila. Kila tidak mahu diganggu siapa-siapa lagi. Kila tidak bersedia ingin bercakap dengan siapa-siapa.

" Sampai hati kau buat aku macam ni! Aku benci kau Amerrrr! I hate you so much! Dasar playboy! ". Kila membaling telefonnya ke arah cermin. Cik Salmah kedengaran seperti berlaku pecahan di bilik Kila. Cik Salmah semakin risau. Nasib baik Encik Badrul tidak kedengaran kerana sudah masuk tidur. Bilik Ibu dan Ayahnya berjauhan sedikit dari bilik Kila. " Kila.. bukak pintu ni sayang. Bagilah ibu masuk. Jangan buat ibu risau, sayang ". Kila menangis dan memulas tombol pintu itu.

Cik Salmah melihat keadaan ruang bilik Kila yang agak bersepah. Habis alat solek terabur di lantai. Cadar tilam jugak begitu. Banyak serpihan kaca di atas lantai akibat Kila membaling telefon ke arah cermin. Telefonnya agak retak dan tidak dapat dihidupkan.

" Ya allah, Kila. Kenapa ni sayang ? Habis berselerak bilik ni. Kenapa ni ? Siapa yang buat anak ibu menangis ni ? Cerita dengan ibu, Sayang ". Tanya Cik Salmah dengan terkejut.

Terlihat Kila sedang duduk di tepi katil. Cik Salmah jugak duduk bersebelahan Kila. Cik Salmah mengusap badan belakang anak kesayangannya dengan perlahan. " Why sayang ? Kenapa dengan Kila ni ? Siapa Cerita dengan ibu, sayang ". Pujuk Cik Salmah kepada Kila.

Cik Salmah turut sedih melihat keadaan anaknya. " Ibu, kenapa semua lelaki kejam dengan Kila ? kenapa semua nak sakitkan hati Kila ? ". Kila menceritakan masalahnya sambil menyandarkan kepala di bahu Cik Salmah.

Cik Salmah memeluk tubuh Kila. " Kila.. jangan cakap macam tu, sayang. Tak semua lelaki kejam dekat Kila. Ayah tak pernah kejam dekat Kila. Ayah tak pernah sakitkan hati Kila. Siapa yang Kila maksudkan ni ? ". Jelas Cik Salmah. " Hmm ibu, Amer dah mainkan perasaan Kila. Dia gunakan Kila untuk sahut cabaran kawan-kawan dia. I hate him so much! Kila tak nak jumpa and tak akan jumpa dia lagi. Dasar playboy! ". Ia membuatkan Kila meraung kekecewaan.

" Sabar, Kila. Ini semua ujian dari Allah. Ibu tak nak anak ibu ni menangis macam ni. Ibu sentiasa doakan kebahagiaan Kila. Ibu tak nak Kila nangis lagi. Ibu tahu anak ibu ni kuat. Sabar ye.. ". Kata-kata Cik Salmah membuatkan Kila berhenti menangis dan memeluk erat tubuh ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience