BAB 68

Romance Completed 20340

Malam itu, Kila dan Raef, anak lelaki mereka sudah tidur melelapkan mata. Amer melihat jam sudah menunjukkan kelewatan malam. Amer bersiap memakai baju kemeja. Amer menghidupkan enjen kereta miliknya.

Tiba sampai di Club Malam, Amer mencari Nadia di situ. Terlihat Nadia sedang menari-nari dan berkhayal. Amer menarik tangan Nadia menuju ke luar Club itu. " Eh apa ni ?! sakitlah! ". Nadia meronta melepaskan tangannya. Nadia mengusap-usap tangannya yang agak merah sedikit akibat di pegang dengan kuat oleh Amer.

Amer menghulur telefonnya pada Nadia dan menunjukkan rakaman cctv yang di hantar oleh Daniel. Nadia melihat pada rakaman itu. " Itu bukan I lah, you tak payahlah nak percaya sangat dalam video ni ". Nadia memberi kembali telefon bimbit milik Amer itu. " Eh kau tak payahlah nak menipu aku. Aku dah bagi warning dekat kau, kan ?! Kau jangan nak cuba-cuba kacau life aku and family aku. Lagi skali aku dapat tahu pasal kau buat apa-apa kat Kila. Aku sendiri sumbat kau dalam lokap ". Amaran keras dari Amer membuatkan Nadia cuak sedikit.

" You ugut I ke ? You ingat I ni budak-budak ke ? Ingat senang ke nak sumbat I dalam lokap ? Oh ya, by the way dengar cerita. Kila dah bersalin, right ? Congrats yaa, darling. Jaga Kila elok-elok ". Nadia menepuk-nepuk bahu Amer dengan pelahan. Nadia terus masuk melangkahkan kakinya ke dalam Club itu dan meninggalkan Amer di belakangnya.

Amer seperti tidak puas hati mendengar kata-kata Nadia. Amer pulang ke rumah. Amer duduk di sofa, memejamkan mata dan banyak memikirkan masalahnya dengan perempuan itu. " Eh you ? Dari mana ni ? Dah pukul berapa ni baru balik ? ". Terdengar suara dari belakang Amer. Kila yang dari tangga ternampak suaminya sedang duduk di sofa.

" You tak tidur lagi ke ? ". Amer membetulkan posisinya. " I terjaga tadi sebab Raef nangis. Ni I turun nak buatkan susu. You tak jawab lagi soalan I ". Amer menggaru keningnya yang tidak gatal. " I keluar tadi dengan Shafiq. Dia ajak makan dekat luar tadi. I masuk tidur dululah. Good night sayang ". Amer terpaksa membohong isterinya yang sebenarnya dia jumpa Nadia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience