BAB 51

Romance Completed 20340

Tiba sudah malam berinai bagi bakal pengantin. Pelbagai corak yang dihias kedua tangan Kila. Amer hanya memakai inai 3 jari di tangan kiri. Tema bagi malam berinai mereka ala-ala kampung. Mereka hanya buat kecil-kecilan bagi majlis malam berinai. Walaupun kecil-kecilan, Kila tetap cantik pada malam itu.

" Wah cantiknya inai kau, Kila! ". Hana dan Sara membelek inai yang terhias di tangan kanan Kila malah tangan kirinya sedang menginai oleh wanita yang diupah oleh orang tua Amer. Bukan sahaja Amer dan Kila yang berinai, tapi kawan-kawa Kila jugak turut berinai pada malam itu.

" Amboi, macam korang pulak nak kahwin. Inai bukan main lawa pulak tu ". Usik Kila pada mereka. Selesai sahaja mereka semua berinai. Amer dan Kila perlu dimandikan bunga bagi seri pengantin.

Habis basah mereka di mandikan oleh Mak Ngah. " Wangi pulak bunga ni ". Kata Kila yang telah dibasahi. Amer hanya mengigil dalam kesejukan dengan air bunga itu. Mereka pun mengeringkan badan dan menukar pakaian.

Hari sudah lewat malam, Kila berpelukan dengan kawan-kawannya yang hendak pulang ke rumah. " Bye sayang. Tidur cukup malam ni ok. Esok hari bahagia kau. Aku doakan majlis korang berjalan dengan lancar, amin! ". Kata doa Hana pada Kila. " Terima kasih Hana. Bye my pengapit ". Kila memeluk Hana.

" Congrats Amer. Kau pun, rest cukup malam ni. Bangun awal esok. Jangan nervous nak lafaz akad nikah tu ". Kata Hana pada Amer. Amer mengangguk dan membalas senyum pada Hana. " Bye sayang. Muahmuah! See you guys tomorrow! ". Kata Kila pada kawan-kawannya sambil melambai tangan pada mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience