BAB 50

Romance Completed 20340

Amer dan bersama 2 orang kawannya, Daniel dan Shafiq yang berada di Gym untuk menjalankan aktiviti mereka membesarkan badan. Daniel dan Shafiq dari tadi memerhatikan Amer yang sedang mengangkat (Dumbell). " Woi Mer! ". Daniel memanggil Amer. Mereka mendekatkan diri pada Amer.

" Kau sejak dah nak kahwin ni, bukan main nak besarkan badan sekarang. Sebelum ni, kitorang ajak pergi gym kau malas. Itu pun kena tengok mood kau nak pergi gym ke tak ". Cakap Daniel pada Amer. Amer meletakkan pemberat itu di lantai dengan perlahan. " Alahh dah nak kahwin ni lah kena jaga badan dengan kesihatan ". Terang Amer pada mereka berdua.

Sedang mereka membesarkan badan, tiba seorang wanita berjalan ke arah mereka. " Hi Guys. Tak sangka terjumpa korang kat sini. Buat apa kat sini ? ". Tanya wanita itu dengan memegang kain lapnya di leher. " Haa kitorang tengah main masak-masak kat sini. Tak nampak ke ? ". Jawab Shafiq. Mereka bertiga ketawakan pada wanita itu.

Wanita itu menjelingkan matanya pada Shafiq. Menyampah mendengar jawapan dari mulut Shafiq yang menyakitkan hati tu. " Oh yaa, I dengar cerita you dah nak kahwin dah. Betul ke ? ". Tanya Nadia pada Amer yang sedang berjalan di atas (TreadMill). Amer hanya mengganguk. Malas dia melayan wanita itu.

" Congrats yaa. Jangan lupa invite I nanti. Mesti meriah wedding you, kan ? ". Amer hanya mendiamkan diri. Amer menghentikan alat (TreadMill) itu. Amer mencapai kain dari leher Nadia. Amer mengelapkan peluhnya yang dari tadi mengalir di dahi dan leher. Nadia membulatkan matanya melihat kelakuan Amer.

" Of course I invite you. Takkanlah I tak nak invite you pulak. You kan orang yang paling penting untuk majlis wedding I nanti. Tapi you sesuai duduk dekat tempat basuh pinggan jelah. Muka macam you ni sesuai cuci pinggan ". Papp! Amer mencampak kain itu di muka Nadia. Amer senyum sinis. Amer pergi meninggalkan Nadia.

Daniel dan Shafiq tertawa melihat kelakuan Amer pada Nadia. " Kesian kau, kan ? Haa baulah peluh Amer yang masam tu. Lagi pun Amed dari petang tadi dia tak mandi. Hahaha! ". Daniel dan Shafiq meninggalkan Nadia. Nadia mencampak kain itu ke lantai. " Err stupid! Memang tak aku nak datang wedding kau nanti. Eeee! ". Nadia menghentak kedua kakinya, geram dengan perbuatan dan kata-kata Amer.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience