BAB 64

Romance Completed 20340

Hampir 8 bulan Kila tidak berjumpa kawan-kawannya. Maklumlah, tengah mengandung ni manalah boleh keluar sangat. Kila yang berada di rumah ibu bapa mertuanya menunggu ketibaan Amer mengambil dia pulang ke rumah. Kila melihat jam didinding, jam menunjukkan pukul 2 petang.

Tiba sahaja telefon Kila berdering. Terlihat pada screen terpampar nama Amer. Kila mengangkat. " Hello sayang. I balik lambat sikit hari ni. I tak balik lunch, sebab ada meeting. Sorry sayang ". Beritahu Amer kerana tidak makan tengah hari bersama isteri kesayangannya.

" Ohh, its okay. Tak apalah. I faham you banyak kerja. You.. boleh tak I nak keluar dengan Hana kejap lagi ? I rindulah kat dia. Lama sangat dah tak jumpa dia. Bolehkan ? ". Kata izin Kila pada Amer sambil mengusap perutnya yang sedang membesar.

Amer menggaru kepala belakangnya. " Keluar ? Sayangkan tengah sarat ni. Risaulah I. Suruh Hana datang rumah tak boleh ke ? ". Terang Amer. Kila hanya diam tak berkata. " Oklah oklah. You boleh keluar dengan Hana. Tapi nanti balik I amik you kat Mall. Ingat, you tu tak boleh lasak sangat. Tak boleh banyak jalan sangat. Kalau ada apa-apa bagitau I ". Pesan Amer. Kila tersenyum lebar kerana suaminya memberi keizinan untuk keluar bersama Hana.

" Ok! Thank you sayang. Nanti nak balik I call you. Bye muahhmuah ". Kila memutuskan talian mereka. Kila terus bersiap untuk keluar bersama Hana. " Eh Kila, nak pergi mana ? ". Tanya Puan Sri Lina yang muncul dari ruang dapur. " Kila nak keluar jap dengan Hana. Nak cari barang baby skali ". Terang Kila pada Puan Sri Lina.

Tin! Tinn! Kedengaran hon kereta Hana dari luar rumah. " Mummy, Kila pergi dulu eh. Mummy jangan risau ok. Nanti balik Amer amik Hana dekat Mall. Kirimsalam Daddy tau. Assalamualaikum ". Kila menyalam tangan ibu mertuanya. Kila mencapai kasut sandal di rak kasut.

" Hati-hati Sayang. Jaga diri tu. Kalau ada apa-apa call Mummy. Bye waalaikumusalam ". Balas Puan Sri Lana. Kila hanya membalas senyuman manis dan melambai pada Puan Sri Lina. Kila masuk ke dalam perut kereta milik Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience