BAB 59

Romance Completed 20340

" Morning Mummy, Daddy! ". Ucap Kila pada ibu bapa mertuanya. " Morning Kila ". Balas mereka. " Wah, sedapnya Mummy dengan Kak Wa masak. Sorry Mummy, sebab tak tolong Mummy dengan Kak Wa masak breakfast pagi ni ". Mengeluh Kila kerana tidak menolong mereka.

" Its okay. Mummy faham. Mesti Kila penat sangat, kan ? Semalam majlis pun dari pagi sampai ke malam ". Kila tersenyum mendengar kata-kata ibu mertuanya. " Eh ? Amer mana ? Tak turun skali ke ? ". Tanya Tan Sri Yusuf. Kila menepuk dahi.

" A..A.. Amer ada dalam bilik lagi. Dia tak bangun tidur lagi. Kila lupa nak kejutkan dia. So..Sorry, Kila naik atas jap ". Malu Kila dengan kelakuannya terhadap Tan Sri Yusuf dan Puan Sri Lina. Kila bergegas masuk ke bilik. " Amer ?! Eh bangunlah, Mummy panggil tu suruh turun bawah. Breakfast skali. Amer ? bangunlahhhhh ". Kejut Kila tidak berhasil.

Kila tidak tahu bagaimana cara ingin mengejut suaminya itu. Kila terpaksa menggunakan idea yang lain. " Ehem.. Ehem! Sayang.. bangunlah. Amer Lufis bin Tan Sri Yusuf, bangunlah sayang. Mummy dengan Daddy tunggu kat bawah tu. Meh bangun, Sayang ". Tidak pernah Kila berkata lembut seperti itu. Amer mencelik matanya, tersenyum tawa mendengar Kila berkata sebegitu.

" Kan sedap isteri panggil suami macam tu. Ini tak, asyik nak marah je ". Kila mencebik mulutnya. " Dah, jangan nak ngengada. Bangun cepat, pergi mandi. Lepas tu turun bawah breakfast. I tunggu you ". Amer menggeleng kepalanya kerana tidak mahu bangun dari katil.

Tiba-tiba sahaja Kila ditarik oleh Amer dan membuatkan Kila tersandar pada badan Amer. " I nak you mandi skali dengan I ". Bisik Amer pada Kila. " No way! I dah mandi ok. Pergi mandilahhh busuk! ". Kila mencubit puting dada Amer dan terus bangun dari tempatnya. Amer mengaduhkan dan mengusap dadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience