BAB 5

Romance Completed 20340

Kila melihat jam ditangan kirinya. Kila memang sudah biasa memakai jam di sebelah kiri. Jam menunjukkan pukul 3 , Kila baru sahaja teringat akan pertemuan bersama Amer. Ikutkan hati dia, hendak sahaja meninggalkan Amer keseorangan di Cafe itu. Tapi tidak kesampaian, kesian!

Tiba sahaja Kila di Cafe tersebut. Melihat jejaka kacak menunggunya sambil menghirup orange juice. Kila menghentikan langkah kakinya. ' Asal aku debar semacam ni. Hish control Kila ' tanya hati Kila yang berdegup laju. Amer yang melihat Kila berdiri kaku yang tidak jauh darinya menggerakkan telunjuk jari ke arah Kila untuk datang kepadanya. Perbuatan Amer membuatkan Kila datang dan duduk berhadapan Amer.

" You kenapa berdiri kat situ je ? Terpegun tengok muka I yang handsome ni ke ? ". Tanya Amer dengan bertubi tubi sambil mengemas rambutnya yang cacak sedikit. " Terpegun ? Tak ada masa lah nak terpegun tengok you. Perasan handsome! ". Tegas Kila serta menjelingkan matanya ke arah Amer. " Elehhh. Nak puji tu, puji jelah! I tahu you terpegun tengok I tadi ". Lagak Amer kepada Kila.

Kila hanya mengerutkan dahinya meluat dengan kata kata Amer. " Eh playboy! You jangan perasan, boleh ? I datang sini pun sebab terpaksa tau nak jumpa you. Ikutkan hati I, nak je tinggalkan you sesorang kat sini ". Jawab Kila dengan selamba. Kila memang suka cakap berterus terang, lagi lagi dengan lelaki yang dia benci. " Amboi.. garangnya sayang ni. Sampai hati you nak tinggalkan I sesorang ". Ngada Amer.

" Enough Amer. I malas nak layan playboy macam you ni. Straight to the point, what do you want of me ? ". Tanya malas Kila kepada Amer. " Actually, I memang nak kenal rapat dengan you. Jadi kawan baik you. I tak kisah kalau you nak cakap I ni playboy ke apa ke. Tapi I ikhlas nak kenal dengan you, Kila. Please ? ". Pujuk rayu Amer.

Kila tersenyum sinis. Huhh! " Playboy macam you ni nak kenal dengan I ? I tengok muka you pun tak nak, lagi you nak kenal rapat dengan I ? hahaha kelakarlah you ni Amer ". Ketawa besar Kila membuatkan orang di sekeliling mereka melihat kelakuan Kila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience