BAB 38

Romance Completed 20340

Amer yang sedang memikirkan tentang Kila. Amer risau akan perbuatan Nadia pada Kila. Amer tidak percaya dengan kata Nadia bahawa dia mengandungkan Nadia. Amer terdapat satu idea. Dia keluar dari kamarnya dan mencari Tan Sri Yusuf.

" Daddy ? Daddy ? ". Amer turun anak tangga dengan laju. Tan Sri Yusuf sedang membaca surat khabar di luar halaman rumahnya. Amer mendekatkan dirinya pada Tan Sri Yusuf. " Daddy ? Daddy sibuk ke ? ". Amer terus duduk berhadapan Tan Sri Yusuf.

" Eh haa Amer. Kenapa cari Daddy pagi-pagi ni ? ". Tanya Tan Sri Yusuf dengan suaranya yang garau sedikit. " Haa Daddy, Amer nak nombor telefon kawan Daddy yang kerja Detective tu. Boleh ? ". Tanya Amer dengan yakin agar Daddynya sudi memberi nombor telefon itu.

Tan Sri Yusuf menutup surat khabarnya dan meletakkan ke atas meja berhadapan mereka. " Amer nak buat apa ? ". Tanya Tan Sri Yusuf dengan serius. " Amer nak mintak tolong kawan Daddy tulah. Alaa Daddy, Amer nak mintak tolong dia sangat-sangat ni. Please Daddy ". Tan Sri Yusuf memandang Amer.

Tan Sri Yusuf mencapai telefonnya yang dari tadi berada di atas meja tersebut. " Haih yela yela. Nanti Daddy send nombor dia dekat Whatssup. Ehh ingat, jangan nak buat bukan-bukan pulak ". Amer tersenyum. " Iyee, tak buat apa-apa pun. Thanks Daddy ". Amer bangun dan terus melihat nombor yang dihantar oleh Daddynya.

Amer terus menelefon Detective itu. " Hello Kamal. Its me Amer Lufis. Anak kepada Tan Sri Yusuf. Aku nak bagi kau kerja ni ". Beritahu Amer kepada Detektif itu yang bernama Kamal. " Haa ye bos. Ada apa-apa boleh saya bantu ? ". Tanya Kamal pada Amer.

" Aku akan hantar gambar pada kau kejap lagi. Aku nak kau cari semua maklumat pasal gambar tu dengan perempuan yang ada dalam gambar tu. Kalau boleh, secepat yang mungkin. Duit kau, aku akan bagi bila kau selesai dengan kerja kau. Faham ? ". Arah Amer pada Detektif itu. " Baik bos. Saya faham ". Balas Kamal. Talian mereka diputuskan oleh Amer.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience