BAB 29

Romance Completed 20340

Keesokan harinya, Sekeluarga Amer melawat keadaan Kila. Kila yang masih terbaring dan tidak menyedarkan diri lagi. Tiba di dalam ward, bukan sahaja keluarga Amer malah keluarga Kila jugak bersama mereka. Mereka saling menyalam antara satu sama lain. Puan Sri Lina dan Tan Sri Yusuf agak simpati melihat keadaan Kila. Mereka yang rancak berborak tentang kesihatan Kila. Tetapi Amer yang dari tadi berada di sisi Kila menunggu Kila menyedarkan diri.

Amer yang terlelap di sisi katil Kila. " Amer.. Bangun sayang. Mummy dengan Daddy dah nak balik ni. Aunty dengan Uncle pun dah nak balik ni. Amer tak nak balik ke ? ". Tanya Puan Sri Lina. Amer mengosok sikit matanya dan memandang wajah Kila yang agak pucat. " Mummy dengan Daddy baliklah dulu. Amer nak jaga Kila malam ni. Mummy dengan Daddy jangan risaukan Amer, ok. Kalau ada apa-apa, Amer bagitau Mummy, Daddy dengan Aunty, Uncle ". Jawab Amer dengan pelahan.

" Eh Amer, tak susahkan Amer ke ? Kesian pulak Amer ". Jawab Cik Salmah pada Amer. " Its okay, Aunty. Amer ok. Aunty dengan Uncle balik dulu ok ". Mereka semua hanya tersenyum dengan kelakuan Amer itu lalu mereka keluar dari ward Kila.

Pada malam itu, Doktor Aizat datang ke ward Kila. " Doktor, macam mana dengan Kila ? ". Tanya Amer pada Doktor Aizat. " Alhamdulillah, pendarahan di kepala Cik Kila dah ok. Kami akan pindahkan Cik Kila ke ward biasa sebentar lagi ". Amer tersenyum dengar kata-kata Doktor Aizat dan menyalam tangan. " Alhamdulillah. Terima kasih Doktor ". Doktor Aizat tersenyum dan membalas salam Amer.

" Kila, kejap lagi you akan dipindahkan ward. I know you kuat lawan sakit you ni. I nak you cepat sembuh, sayang. I rindu sangat kat you ". Amer membisik ke telinga Kila. Tiba sahaja 2 orang misi datang ke ward Kila untuk memindahkan Kila ke ward biasa. Amer terus menghantarkan maklumat gembira ke keluarga Kila dan keluarga Amer serta Hana jugak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience