BAB 35

Romance Completed 20340

Pada keesokan paginya, Kila cuba menelefon Amer. Telefon Amer berdering. Terpampar pada screen ' My Kila '. " Hello Amer, you boleh..". Kata-kata Kila dipotong apabila terdengar suara perempuan lain. " Hello Miss Kila. You nak cakap dengan my boyfriend ke ? Amer tengah tidur lagi. Nanti bila..". Kila terus memutuskan perbualan mereka. Nadia tersenyum sinis.

Kila terus memandu pergi ke Kolej. Kila agak terasa sakit hati apabila dapat tahu Amer tidur bersama wanita lain. ' I promise. I akan stop semua ni. Thank you so much, Kila '. Terngiang-ngiang kata-kata Amer sebelum ini di telinga Kila. Kila memandu dalam keadaan menangis.

Amer mencelik matanya sedikit. Terlihat cahaya yang terang membuatkan Amer silau. Amer mengosok matanya yang agak berat untuk membuka. Kepala Amer masih pening sedikit. Amer mengusap belakang kepalanya. Amer melihat sekeliling kawasan bilik itu. Ternampak susuk tubuh yang langsing yang sedang mengeringkan rambut dengan tuala.

" Eh morning sayang. You dah bangun. Jom breakfast ". Amer terkejut melihat Nadia bersama dia di bilik itu. " Nadia! You buat apa ni ? Kenapa I kat sini ? ". Amer meninggikan suaranya. " Oh darling. Semalam you yang bawak I dekat Hotel ni. Malam tadikan kita berasmara. Lupa ke ? ". Amer masih tidak ingat apa-apa pada kejadian malam itu.

Amer melihat badannya yang separuh bogel. Amer hanya memakai seluar sahaja tetapi tali pinggangnya telah dibuka oleh Nadia. Baju kemeja Amer berada di lantai. Amer mencapai baju kemejanya. " Dengar sini Nadia, Kalau aku dapat tahu kau buat apa-apa dekat aku. Aku akan cari kau. Kau tak kenal lagi aku siapa. Perempuan sial! ". Amer terus keluar dari bilik itu lalu menghempas pintu membuatkan Nadia terkejut sedikit.

Amer menelefon Shafiq untuk sambut dia di Hotel tersebut. Mereka tidak berkata apa sepanjang perjalanan pulang ke rumah Amer. Amer melihat pada telefonnya terlihat Kila menelefon pada pagi itu. Tetapi Nadia telah mengangkat panggilan Kila. Amer sudah mula risau jikalau Kila memikir bukan-bukan tentangnya. Tak guna punya betina! jerit kecil hati Amer.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience