BAB 3

Romance Completed 20340

Kila yang keluar dari tandas yang baru sahaja selesai membersihkan diri. Sedang Kila mengeringkan rambutnya dengan menggunakan pengering rambut ( hairdryer ). ' Kringgg~ kringg~ ' kedengaran deringan telefon Kila yang berada di atas tilam empuknya. Kila mematikan pengering rambutnya lalu mencapai telefonnya melihat nombor yang tidak dikenali. ' Siapa pulak call memalam ni ? ' tanya hati Kila.

Kila mengangkat panggilannya " Hello sayang.. ". Kila melihat pada screen telefonnya sambil mengerut dahinya " Maaf encik, Encik salah number ni ". jawab Kila. " Apa yang salah numbernya, you ni Kila kan ? Kila Maira, right ? ". jawab pemanggil itu dengan selamba. " Eh siapa ni ? mana dapat number telefon aku ni ? ". Marah Kila kepada pemanggil itu.

" Amboi garangnya sayang ni.. Kalau nak tahu siapa ni, esok pukul 3 petang jumpa I dekat cafe yang you slalu lepak. Jangan lambat ok. See you tomorrow sayang! Bye! ". Talian dimatikan oleh pemanggil itu. " Eh.. siapa ni ? hello... ". Belum sempat Kila habiskan kata dia, talian sudah dimatikan. ' Hishh! ni mesti si playboy tak guna! Pandai pandai amik number telefon aku. Suka hati je dia panggil aku sayang. Err '. Marah Kila membuatkan dia mencampak telefonnya di tilam. Nasib baik atas tilam kalau kat lantai ? Hancur!

Kila melihat wajahnya dipantulan cermin sambil menyikat rambutnya yang panjang itu. ' Tak pasal pasal aku kena jumpa dengan playboy tu esok. Ni mesti kerja Hana bagi number telefon aku kat dia. Kurang asam betul Hana ni! '. Getus hati Kila dengan tidak puas hati.

Kila yang berada di atas tilam menarik selimut tebalnya. Kila menyandarkan badannya sambil melihat nombor misteri di screen telefonnya. Ikutkan hati Kila nak sahaja dia menelefon nombor itu. Tapi Kila malas hendak melayan kerenah pemanggil itu yang baru sahaja memanggil sayang. Membuatkan Kila meluat dengan kelakuannya. Kila terus mematikan telefonnya lalu tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience